Kadang-kadang saya rasa pelik. Kalau kita tolong anak yatim, pernah tak orang gelarkan kita sebagai pencinta anak yatim atau orang yang sukakan anak yatim? Tak pernah, kan? Kita tolong anak yatim sebab kasihan tengok dia hidup susah, bukan sebab kita suka dia sebab dia anak yatim atau sebab kita suka tengok dia jadi anak yatim, betul tak?
Habis tu kenapa bila tolong kucing, automatik orang akan cop kita sebagai pencinta kucing, gila kucing, suka kucing dan yang sewaktu dengannya?
Saya tolong kucing sebab.... hello, tak kisahlah manusia ke, kucing ke, anjing ke, apa ke, yang mana kita rasakan sebagai bukan musuh, kalau kita nampak tengah kelaparan, kesejukan, cedera, takkan tak tolong? Rasa perikemanusian tu dah pergi mana? Cuba kalau kita yang kena? Takkan dah kena baru teringin nak jadi manusia kot?
Ada yang tanya, kenapa tolong kucing? Kenapa tak tolong orang?
La alah... orang pun kita tolong, kucing pun kita tolong. Kenapa nak main pilih kasih pula? Tengok la yang mana yang terdekat, yang paling memerlukan waktu tu.
Pelik betul soalan.
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.