Baru-baru ni cuba nak batalkan 'Voice Mail' Celcom. Mula-mula dail 1111, kemudian cakap dengan Pegawai Khidmat Pelanggan. Macam biasa, mula-mula kena buat pengesahan nama, nombor kad pengenalan, dan lain-lain soalan yang pegawai tu rasa perlu tanya. Dah selesai bahagian tu, pegawai tu beritahu, 'Voice Mail' ni ada 3 bahagian sebenarnya iaitu makluman 'Missed Call' (Panggilan Yang Tidak Dijawab), 'Call Forwarding' (Alihan Panggilan) dan 'Voice Mail' (Peti Simpanan Suara).
Setahu saya, orang biasa macam saya, memang tak pakai pun fungsi Peti Simpanan Suara dan Alihan Panggilan tu. Yang penting makluman apabila kita tidak dapat menjawab panggilan sesiapa tu (Missed Call). Dah macam tu alkisahnya, saya tak jadi la nak batalkan perkhidmatan ni. Nak fikir dulu masak-masak :P
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.