KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN SEMASA MELAKSANAKAN IBADAT KORBAN
Beramal tanpa ilmu
- Kena ada ilmu dan penghayatan untuk melakukan apa-apa jenis ibadah pun dengan sempurna.
- Kalau ada ilmu tapi tak buat, sia-sia.
- Kalau tak ada ilmu tapi ada penghayatan, itu yang keluar macam-macam mitos sesat.
Meninggalkan ibadat korban sesuka hati
- Ibadat korban hukumnya Sunat Muakkad, bukan Sunat biasa-biasa yang kalau ditinggal tak apa, kalau dibuat dapat pahala.
- Sunat Muakkad bermaksud ibadat yang SANGAT dituntut dan dicela oleh Syarak jika ditinggalkan dengan SENGAJA O_o
- Maksudnya hukum ibadat Korban ni dah hampir wajib la kan? Itu kalau tengok Mazhab Shafie yang diamalkan di Malaysia. Kalau tengok mazhab lain, ibadat Korban ni ada yang hukumnya jatuh Wajib.
Membuat ibadat korban untuk orang yang dah meninggal dunia
- Ibadat korban hanya untuk orang yang masih hidup
- Ibadat korban TIDAK BOLEH dibuat untuk mereka yang telah meninggal dunia kecuali kalau telah diwasiatkan.
- Apa yang boleh dibuat, kalau tidak diwasiatkan, ialah dengan melakukan ibadat korban atas nama sendiri kemudian sedekahkan pahala korban itu kepada si mati.
Memilih haiwan yang sakit atau cacat untuk dikorbankan
- Tujuan melakukan ibadat korban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT.
- Oleh itu, haiwan yang hendak dikorbankan mestilah sihat dan sempurna tubuh badannya.
- Kalau syarat ini tidak dipenuhi, ibadat tersebut menjadi tidak sah.
Peserta tidak berada di lokasi ibadat korban dilakukan
- Selalunya orang kita, bagi duit je, lepas tu tunggu daging diagihkan. Tak salah dan tak berdosa buat macam tu tapi mengikut hadis, Saidatina Aisyah pernah bermain-main semasa ibadat korban dilakukan. Apabila diketahui Rasulullah SAW, baginda memanggil beliau supaya melihat upacara ibadat korban bersama-sama. Maka adalah lebih baik untuk kita pun untuk meniru amalan Rasulullah SAW untuk turut serta dalam upacara ibadat korban tersebut.
- Kalau tak tahan tengok darah, sekurang-kurangnya ada di lokasi tersebut pun jadilah untuk ambil berkat.
Tidak menjaga adab dengan haiwan yang hendak dikorbankan
- Beza amalan sembelihan orang Islam dengan sembelihan orang bukan Islam ialah adab kerana menjaga adab adalah salah satu tanda kita kasih dengan makhluk Allah SWT.
- Kalau kita tengok sesetengah tempat sembelihan orang bukan Islam, haiwan-haiwan dilayan tanpa belas kasihan. Sesetengah meletakkan haiwan-haiwan tersebut di tempat kotor beramai-ramai, bersesak-sesakan sampai ada yang cedera, luka-luka. Nak pindahkan haiwan pun ada yang main campak-campak, baling-baling je, sampai ada yang cedera, luka-luka. Nak sembelih, main potong je haiwan tu depan haiwan-haiwan yang lain sampai yang menengoknya (haiwan-haiwan yang masih hidup tu la) jadi takut. Dah sembelih, campak je ke tong. Entah mati sebab disembelih, atau mati sebab dicampak, atau mati sebab sesak nafas, tak ada sesiapa tahu kecuali Allah SWT.
- Amalan di atas adalah contoh tidak menjaga adab dengan haiwan yang hendak disembelih atau dikorbankan. ELAKKAN amalan sedemikian.
Daging korban dijadikan upah kepada tukang sembelih
- Contoh, sembelih lembu. 1 bahagian tu diberi kepada tukang sembelih sebagai upah dan yang selebihnya diagihkan seperti biasa. Hukumnya HARAM.
- Kalau nak beri upah kepada tukang sembelih, bagi duit atau benda lain. Jangan guna daging korban tu sebagai upah.
Peserta tidak ambil langsung daging haiwan yang dikorbankan
Peserta dermakan semua daging haiwan yang dikorbankan
- Ada 2 perkara yang dinilai apabila melakukan ibadat korban iaitu apabila haiwan disembelih, peserta mendapat pahala melakukan ibadat korban dan apabila daging-daging itu diagihkan dan diberikan kepada fakir miskin, peserta mendapat pahala bersedekah.
- Tetapi jangan sedekahkan semuanya sebab menurut hadis, Rasulullah SAW ada menyarankan supaya kita ambil sedikit daging tu untuk mengambil berkat.
Berkongsi daging korban dengan orang bukan Islam
- Ibadat korban ialah ibadat khusus untuk orang Islam jadi tak sepatutnya daging korban dikongsi dengan orang bukan Islam sewenang-wenangnya kecuali dalam kes-kes tertentu.
- Salah satu contoh kes dimana amalan ini dibenarkan ialah bagi orang yang baru memeluk agama Islam (muallaf) yang mahu berkongsi daging korbannya dengan ahli keluarganya yang belum memeluk Islam.
- Contoh lain ialah jika dilakukan untuk tujuan dakwah.
- Tapi secara umumnya, dalam isu agihan daging korban ni, utamakan orang Islam terlebih dahulu.
Tidak menjaga kebersihan
- Lepas sembelih, bersihkan tempat tu.
- Tulang daging dan bahagian-bahagian yang tidak boleh dimakan atau tidak digunakan, tanam. Jangan buang dalam tong sampah atau biarkan begitu sahaja.
Daging korban mesti dihabiskan dalam tempoh 3 hari
- Daging korban TIDAK PERLU dihabiskan dalam tempoh 3 hari.
SOALAN LAZIM BERKENAAN IBADAT KORBAN & JAWAPANNYA
Mana yang lebih baik antara 1 bahagian lembu dengan 1 ekor kambing?
- Antara 1 bahagian haiwan dengan 1 ekor haiwan, adalah lebih baik untuk mengorbankan 1 ekor haiwan kalau mampu.
- Antara 1 ekor haiwan yang bersaiz besar (contoh: lembu) dengan 1 ekor haiwan yang bersaiz lebih kecil (contoh: kambing), adalah lebih baik untuk mengorbankan haiwan yang bersaiz lebih besar kalau mampu.
Boleh tak kalau saya nak buat ibadat korban untuk anak saya yang berumur 2 tahun?
- Boleh tapi tak sesuai la. Budak umur 2 tahun, dosa pun tak ada lagi. Baik buat untuk orang yang dihisab dosa pahalanya...
MAKLUMAT TAMBAHAN BERKENAAN IBADAT KORBAN
- Yang paling baik ialah jangan upah orang untuk sembelih haiwan korban untuk kita tapi kita sembelih sendiri, kalau mampu la.
LAIN-LAIN
- Rupa-rupanya solat sunat Hari Raya Aidilfitri pun hukumnya Sunat Muakkad juga. Perempuan yang haid tak perlu solat tapi dituntut untuk hadir bersama.
- Puasa Hari Arafah Sabtu ni, 04 September 2014. Antara kebaikan melakukannya ialah diampunkan semua dosa kecil untuk tahun ini dan tahun depan :)
.... ok, da tamat da :P
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.