Tapi saya tiba-tiba jadi tertarik masa salah seorang daripada pengacara tu cuba bentangkan hujah untuk menyokong penggunaan cermin gelap. Katanya...
- Sesetengah orang kerja teruk-teruk, beli kereta mahal-mahal, dekat setengah juta pun ada, pakai duit sendiri.
- Lepas tu, sekarang ni selalu sesak, nak pergi kerja pun sesak, nak balik kampung pun sesak, jadi tak berapa selamat.
- Nak keluar sekejap beli barang, bila pasang cermin gelap tu rasa berani sikit nak tinggalkan kereta dan barang dalam kereta, sebab orang tak nampak apa yang ada di dalam.
Ok, pertama sekali, orang yang beli kereta biasa-biasa je, tak kerja teruk-teruk ke? Tak beli pakai duit sendiri ke? Yang keduanya, kalau pun betul orang yang beli kereta mahal-mahal, kerja lebih teruk daripada orang yang beli kereta biasa-biasa, apa kaitannya dengan isu ni? Saya tahu bahawa pengacara itu cuma nak berkongsi pandangan sesetengah pihak tapi pandangan ini buat saya tertanya-tanya. Bukan apa, kalau ada sesiapa bersetuju dengan pandangan ini... Bukankah maknanya orang itu juga setuju dengan pandangan bahawa orang yang dah bekerja keras patut diberi kelonggaran dalam mematuhi undang-undang? O_o Mohon dijauhkan. Saya sangat menolak undang-undang yang berat sebelah macam tu.
Isu yang kedua tu, saya tak berapa faham. Kalau orang nak tembak, selalunya yang ditembak tu orang kaya atau orang yang ada kuasa. Jadi kalau itu yang ditimbulkan bila menyebut soal keselamatan ni, memang masuk akallah. Tapi apa kaitan jalan sesak dengan tak berapa selamat? Kalau takut ditembak, er... tengah-tengah sesak tu orang jahat tu nak tembak macam mana? Panjat bumbung kereta ke? Berani ke panjat dan tembak depan orang ramai? Lepas tembak, macam mana nak lari? Kalau tak takut penembak, takutkan apa lagi semasa jalan sesak tu? Ada sesiapa boleh terangkan bahagian ni?
Dan akhir sekali, rasa lebih selamat bila orang tak nampak benda di dalam... Er, pasti ke? Selalunya kalau perompak dah terang-terang nampak tak ada barang berharga dalam tu, memang dia tak minat nak kacau. Tapi kalau perompak tak nampak apa yang ada di dalam sebab dipasang cermin gelap, kereta pula mahal, bukan ke sebenarnya itu petunjuk terbesar kepada perompak bahawa dalam kereta tu ada barang berharga? Kan tak pasal-pasal daripada tak berminat terus perompak jadi berminat nak usik kereta tu :/
Tapi tak tau la kalau hujah-hujah pengacara ni dah dijawab semasa perbincangan tu. Saya sampai pejabat sebelum sempat mendengar sehingga habis :P
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.