Baru-baru ni datang bos baru. Kad pintar yang dia dapat pun jenis yang baru. Dulu, nak akses eSPKB, kena lalu Pak Cik iVEST Gate dulu. Kira Pak Cik iVEST Gate ni ialah pengawal keselamatan untuk sistem eSPKB la. Tapi kad pintar baru ni berlagak.
Dia tak nak Pak Cik iVEST Gate. Pengawal keselamatan ni dah tua bangka katanya. Dia nak Nexus je. Jadi nak tak nak, kami kena la berhentikan Pak Cik iVEST Gate dan gantikan dengan Encik Nexus. Huhuhu.... selamat tinggal Pak Cik iVEST Gate. Jasamu dikenang.
Sumber rujukan
https://www.digicert.com.my/
Pautan terus ke Pemasang (Installer)
https://www.digicert.com.my/download/NexusSetupeSPKB2.0.exe
Pautan terus ke Panduan Pemasangan (Installation Guide)
https://www.digicert.com.my/download/Installation%20Guide/Nexus%20Guidelines%20V2.0-espkb.pdf
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Unit Khidmat Sokongan Pelanggan Digicert Sdn. Bhd. di talian 03-89928800 atau berhubung dengan Jabatan Akauntan Negara Putrajaya.
Tapi lepas tukar, masalah baru pula timbul. Encik Nexus ni pulak tak mahu kerja kalau pintu pagar jenis ISR30U-SMC tu tak diganti baru. Pintu pagar lama tu tak canggih katanya, kurang selamat. Nasib baik ada bajet. Kami gantikan pintu pagar lama tu dengan Rockey 200. Alhamdulillah, akhirnya Encik Nexus setuju bekerja dengan kami.
Ingatkan dah selesai masalah. Tiba-tiba Encik Nexus beritahu yang dia tidak akan benarkan pekerja agensi yang menggunakan kata laluan kurang daripada 8 digit untuk menggunakan sistem eSPKB tersebut. Erk, tegas gila! O_o
Nak tak nak, masih ada tempat yang pakai pintu pagar lama dan pengawal keselamatan yang lama kerana masalah ini. Nak maklumkan kepada kakitangan dan untuk minta mereka ubah kata laluan memang kena ambil masa la sikit. Nanti bila semua pekerja dah tukar kata laluan kepada yang lebih selamat, baru naik taraf semua sekali.
Apa pun, Alhamdulillah. Semua isu yang timbul, kecil je. Isu besar macam perarakan demonstrasi tunjuk rasa tak puas hati, mogok lapar atau vandalisme kerana diberhentikan kerja tidak berlaku :P
Sekian sahaja laporan daripada saya, Hikari, pengarang MUYMG.
P/S: Bagi yang kurang faham, pengawal keselamatan tu perisian yang digunakan untuk mengesahkan identity pengguna eSPKB manakala pintu pagar tu pula pembaca kad pintar :D
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.