Kalau saya tahu awal, saya rasa saya takkan ambil pinjaman ASB dan gantikan dengan pinjaman AHB. Bukan sebab apa, kalau tengok sekali imbas, ASB dan AHB tak ada banyak beza kecuali
- Di mana wang tu dilaburkan - AHB hartanah, ASB macam-macam tapi dalam bab ni dua-dua pun patuh syariah (setakat maklumat yang saya terima buat masa ni)
- Zakat - AHB bayar zakat dahulu sebelum bayar dividen jadi penerima dividen dah tak perlu bayar zakat. Dividen yang diperolehi daripada ASB belum dibayar zakat jadi penerima zakat sendiri yang kena kira dan keluarkan zakat.
- Bagaimana dividen dibayar - Kalau ASB, dividen dibayar setahun sekali tapi pemilik kena kutip sendiri dan masukkan dalam akaun. Kalau AHB, dividen dibayar dua (2) kali setahun secara automatik ke dalam akaun masing-masing.
- Halal/Harus/Haram? - AHB ni 100% tak ada percanggahan fatwa, memang semua setuju Halal tapi ASB? Fatwa boleh berlainan setiap negeri. Ada yang kata Haram, ada yang kata Harus, ada yang kata Halal. Cuma maklumat yang saya terima setakat ni kata, isu halal haram ASB ni sebenarnya cuma sebab sebahagian daripada dana ASB tu disimpan dalam Maybank. Saya pun tak berapa faham tapi mungkin maksudnya dana tu disimpan dalam Maybank, bukan Maybank Islamic jadi sebab tu dikira sebagai tak mematuhi Syariah memandangkan Maybank tak terikat seperti Maybank Islamic untuk melabur mengikut Syariah.
Jadi kalau tak nak was-was dan nak mudah, memang AHB lebih sesuai berbanding ASB. Sebab tu sebaik sahaja tahu pasal AHB ni, memang saya tak sabar-sabar nak ikut serta.
Tapi yang lawaknya, bila masuk bab pendaftaran.... nak daftar ASB jauh lebih mudah berbanding AHB. Tak tau la kalau di tempat lain senang tapi hari Rabu minggu lepas mohon, hari Isnin minggu ni masih belum selesai daftar lagi. Saya tanya permohonan saya ni ada masalah ke? Saya tak layak memohon ke macam mana? Pegawai bank tu kata bukan. Dia kata talian AHB di bank ni je yang tengah meragam. Weh, bank kot... Tak sangka bank pun boleh ada talian meragam berhari-hari macam ni.
Sabar je la...
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.