Kedua, pertandingan ni ialah satu gimik untuk mempromosikan kempen mereka dengan cara yang pelik untuk menarik perhatian orang ramai. Ok, kalau dibuat sesuka hati untuk seronok-seronok sahaja, memang tak syak lagi yang aktiviti ni memang membazir. Tapi cuba tengok apa sebenarnya yang mereka cuba sampaikan. Kemudian tengok pula apa kesan kempen ALS Ice Bucket Challenge ni. Secara jujur, siapa (di Malaysia) pernah dengar pasal penyakit ALS sebelum kempen ni dibuat? Saya boleh jamin hampir tak ada siapa (orang biasa) tahu. Sekarang berapa ramai yang dah mula teringin nak ambil tahu ALS tu apa? Ramai atau sekurang-kurangnya jauh lebih ramai berbanding dulu, kan? Jadi bagi saya, gimik ini bukanlah sesuatu yang membazir SEKIRANYA dilakukan oleh mereka yang betul-betul tahu pasal penyakit ALS dan ingin menyebarkan maklumat mengenainya.
Oh ya, kalau masih ada yang tak tahu ALS Ice Bucket Challenge tu apa, boleh baca sini (http://www.independent.co.uk/life-style/health-and-families/health-news/how-to-donate-to-als-no-ice-bucket-challenge-necessary-to-help-motor-neurone-disease-charities-9690499.html), sini (http://www.iberita.com/40951/als-fakta-tentang-penyakit-yang-bikin-tren-tantangan-ice-bucket), sini (http://www.alsa.org/about-als/what-is-als.html) dan sini (http://hanifidrus.blogspot.com/2014/08/apa-itu-als-ice-bucket-challenge.html) untuk maklumat lanjut.
Secara ringkasnya,
- ALS ialah singkatan kepada Amyotrophic Lateral Sclerosis
- Penyakit ALS ialah sejenis penyakit yang menyerang sistem saraf
- Pesakit akan sedikit demi sedikit mengalami kesukaran untuk bergerak sehingga pada peringkat akhirnya, boleh mengalami kelumpuhan di seluruh badan dan meninggal dunia.
- Walau bagaimanapun, penyakit ini tidak menjejaskan kemampuan pesakit untuk berfikir seperti biasa.
- Untuk merasai sendiri bagaimana rasanya menjadi pesakit ALS ini, cubalah tuang sebaldi ais dari atas kepala masing-masing.
- Penyakit ini belum ada ubatnya.
- ALS Ice Bucket Challenge sebenarnya ialah satu jenis cabaran keberanian (dare challenge) di mana peserta perlu menuang sebaldi ais ke badan masing-masing. Kalau gagal melakukannya, peserta perlu menderma sebanyak $100 kepada Yayasan ALS. Selesai melaksanakan cabaran ini (tak kisah samaada gagal atau berjaya), peserta perlu menamakan 3 kenalan mereka untuk menyahut cabaran ini. Dan begitulah seterusnya.
- Hasil sumbangan yang diterima oleh Yayasan ALS ini sebahagian daripadanya akan digunakan untuk tujuan penyelidikan bagi mendapatkan penawar bagi penyakit ini.
- Kalau tak nak sahut cabaran ni, nak derma je, tak ada masalah.
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.