SUMBER
http://www.youtube.com/watch?v=o0lBCLC_KRM (video)
BAHAN-BAHAN
1. Serbuk lada putih (setengah camca teh)
2. Kapur barus (tiga biji)
3. Minyak kelapa (satu camca besar)
ALAT
1. Mangkuk (untuk bahan ramuan)
2. Camca teh
3. Camca besar
4. Lesung (untuk tumbuk bahan sehingga jadi serbuk)
5. Bekas bertutup (kalau nak simpan ramuan yang telah siap)
CARA PENYEDIAAN RAMUAN
1. Tumbuk kapur barus sehingga menjadi serbuk.
2. Masukkan serbuk lada putih dan tumbuk sehingga semua bahan sebati.
3. Tuang campuran serbuk lada putih dan kapur barus tersebut ke dalam mangkuk atau bekas bertutup.
4. Masukkan minyak kelapa dan gaul sehingga semua bahan sebati.
Ok, ramuan dah siap! :)
CARA PENGGUNAAN
1. Bersihkan dahulu ketiak dengan air yang dingin.
2. Lap dan keringkan ketiak dengan kain yang bersih.
3. Sapukan ramuan dengan rata pada ketiak.
4. Biarkan selama dua puluh hingga tiga puluh minit.
5. Bilas dengan air sehingga bersih.
6. Mula-mula, pakai ramuan ni 2-3 kali dalam seminggu. Apabila bulu ketiak dah mulai luruh, kurangkan penggunaan ramuan ini menjadi 1 kali seminggu sahaja sehingga bulu ketiak tidak tumbuh lagi.
KESAN
Pada awalnya, ramuan ini akan meluruhkan bulu ketiak sahaja. Bulu ketiak akan tumbuh semula. Namun dengan penggunaan berterusan, bulu ketiak tidak akan tumbuh lagi selama-lamanya.
PETUA AM
1. Kapur barus boleh dibeli di kedai ubat (mak kata).
2. Minyak kelapa boleh dibeli di kedai ubat (mak kata).
3. Kalau minyak kelapa susah dapat, boleh je digantikan dengan minyak zaitun atau minyak bayi (orang yang buat video ni yang kata).
4. Sebelum sapukan ramuan ni pada ketiak, sapukan dulu pada tangan. Kalau tak tahan panas atau terasa sakit, maksudnya ramuan ni tidak sesuai untuk anda. Jangan teruskan. Buang je ramuan ni dan cuba ramuan lain (orang yang buat video ni yang kata)
5. Petua ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bulu kaki (orang yang buat video ni yang kata).
6. Petua ini tak sesuai untuk hilangkan bulu di kawasan sulit sebab panas (orang yang buat video ni yang kata).
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.