Thursday, January 23, 2014

Prosedur Pendaftaran Perbankan Atas Talian Bank Islam Yang Pelik

Hari Jumaat dua minggu lepas, saya ambil cuti untuk balik kampung. Dah alang-alang pergi sana, saya pun pergi Bank Islam sekali untuk daftar perbankan atas talian. Di sini tak ada Bank Islam, sebab tu tak buat-buat :P


  1. Mula-mula macam biasalah, daftar di mesin ATM.
  2. Kemudian, pergi daftar atas talian di laman web Bank Islam, https://www.bankislam.biz/. Selalunya sampai sini dah selesailah tapi oh, rupanya masih ada lagi langkah yang perlu dibuat sebelum sistem perbankan atas talian Bank Islam boleh digunakan sepenuhnya...
  3. Pergi ke kaunter Bank Islam untuk daftar telefon bimbit O_o


Er, apakah logiknya langkah ke-3 tu tak boleh digabungkan dengan langkah 1 atau 2?

Mungkin orang lain rasa perkara ni biasa je tapi bagi saya, langkah yang ketiga tu cukup menyusahkan pengguna yang tinggal di tempat yang tak ada Bank Islam macam saya. Nasib baik saya bawa peralatan jalur lebar mudah alih dan komputer riba bersama-sama saya hari tu. Kalau saya buat langkah kedua tu di rumah saya macam mana? Langkah ketiga tu maksudnya kena tunggu bila saya balik kampung minggu depan pula lah.

Apa pun, syukur Alhamdulillah saya akhirnya dah berjaya mendaftar untuk menggunakan sistem perbankan atas talian Bank Islam. Saya doakan mudah-mudahan Bank Islam akan memperbaiki prosedur pendaftaran ini untuk kemudahan pelanggan Bank Islam di masa akan datang. Amin.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.