Tuesday, December 24, 2019

Apa pendapat anda berkenaan wanita yang menolak kenyataan bahawa cara pemakaian merupakan salah satu penyebab jenayah rogol?

Soalan di Quora:
Apa pendapat anda berkenaan wanita yang menolak kenyataan bahawa cara pemakaian merupakan salah satu penyebab jenayah rogol?

Pautan ke Kiriman Asal:
https://muymg.blogspot.com/2019/12/what-do-you-think-of-women-that-refuse.html

Jawapan NIM (06 Ogos 2019):
Saya setuju sangat dengan mereka. Benda ni macam mencuri dan merompak la.

Walaupun awak ada peluang untuk buat macam tu, tak bermakna benda tu tak salah untuk awak buat. Mungkin betul yang pemilik tu cuai. Dia tak kunci pintu rumah. Dia tak kunci pintu kereta. Dia pakai barang kemas mahal-mahal pergi melawat rumah awak. Tapi adakah itu bermakna mereka menjemput awak untuk jadi makhluk celaka? Maksud saya, pernah tak mereka cakap dengan awak, "Tolonglah curi barang saya", atau, "Tolonglah rompak saya". TAK! Mestilah tak. Siapa nak orang curi barang dia atau rompak dia? Kalau rancangan jahat untuk tipu syarikat insurans ke apa, boleh jadi. Tapi dalam keadaan biasa? Tak ada manusia berakal harap orang buat macam tu dekat dia.

Maknanya, kalau awak pilih untuk jadi makhluk celaka, itu memang salah awak. AWAK yang pilih untuk mencuri. AWAK yang pilih untuk merompak.

Bukan salah sesiapa. Bukan salah orang lain. Memang salah awak seorang.

* Catatan kaki: Yang terpaksa sebab miskin sangat-sangat atau susah sangat-sangat sampai terpaksa mencuri atau merompak tu jangan terasa pulak. Ini merujuk kepada orang yang tak terpaksa sahaja sebab bila bab jenayah rogol, melainkan orang letak pistol atas kepala awak untuk awak rogol orang waktu tu juga, awak memang tak ada sebab yang kukuh langsung untuk merogol sesiapa.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.