Wednesday, December 25, 2019

Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Tanpa Kad

Assalamualaikum / Hai :)

Dah lama tak menulis dalam Blogger. Rindu pula rasa. Ok, hari NIM nak kongsi pasal kelebihan Maybank.

NIM sebenarnya ada masalah nak kawal diri bila masuk bab berbelanja ni. Jadi NIM cukup la tak suka bawa duit tunai banyak-banyak dan kad ATM bila keluar. NIM bawa cukup-cukup je. Tapi kadang-kadang, tiba-tiba ada benda tak dijangka berlaku. Dah kena pakai duit lebih.

Apa nak buat bila jadi macam tu?

Nasib baik la kali pertama jadi macam ni, NIM teringat yang Maybank ada bagi pilihan kepada pelanggan mereka untuk tunaikan duit di ATM mereka tanpa menggunakan kad. Cardless Withdrawal, dia panggil. Tapi cari punya cari dalam Maybank2U, tak jumpa-jumpa. Sampai satu tahap, NIM kena telefon bahagian khidmat pelanggan untuk dapatkan bantuan.

Rupa-rupanya, tak boleh guna Maybank2U versi baru. Yang versi baru ni dia letak fungsi penting-penting yang orang biasa guna je buat masa ni. Bila nak lengkap tak tau lah. Kena pakai Maybank2U Classic baru boleh.

Klik sini untuk paparan gambar yang lebih jelas

Boleh juga kalau nak pakai Maybank punya aplikasi Android (mobile app) tapi NIM cukup tak berkenan pakai aplikasi Maybank2U tu. Bukan sebab apa, menyampah resit tak ada bila buat kebanyakan urusan terutama bab pengeluaran. Jadi pakai je la portal Maybank2U, buka di Google Chrome.

Ok, jadi nak pakai Cashless Withdrawal, buat macam ni...

  1. Pergi Maybank2U
  2. Tekan butang Back to the classic Maybank2U
  3. Masuk Maybank2U Classic
  4. Klik Accounts & Banking
  5. Klik Transfers
  6. Klik Cardless Withdrawal
  7. Klik Open Cardless Withdrawal
  8. Masukkan no. telefon penerima
  9. Masukkan nama penerima
  10. Masukkan jumlah yang nak dikeluarkan melalui ATM. Paling banyak boleh keluar RM300 je tau untuk setiap pengeluaran. Paling banyak boleh dikeluarkan dalam satu hari pula RM600.
  11. Kemudian tandakan pada kotak setuju syarat tu.
  12. Tekan butang Continue.
  13. Dekat halaman baru ni, dia beritahu kita yang nanti dia tolak RM1 daripada akaun untuk setiap pengeluaran melalui ATM.
  14. Tekan butang Confirm.
  15. Keluar dari Maybank2U Classic
  16. Nanti kita selaku penerima (hohoho hantar ke diri sendiri) akan terima 2 SMS daripada Maybank yang mengandungi 2 maklumat penting iaitu Transaction ID (Txn ID), dan Withdrawal Code.
  17. Pergi mana-mana ATM Maybank.
  18. Tekan je butang hijau / OK / Enter.
  19. Pilih bahasa.
  20. Pilih Cashless Withdrawal
  21. Masukkan Transaction ID.
  22. Pilih Yes.
  23. Masukkan Withdrawal Code.
  24. Pilih Yes.
  25. Ambil duit. Kena ambil dalam tempoh 48 jam tau. Kalau lambat, nanti kira batal.
  26. Ambil resit.
Selesai :D

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.