Monday, July 20, 2015

Kenapa mesti tutup aurat?

Hikari terbaca satu komen ni di Facebook...

"Dalam gejala berpakaian ini ,aku rasa tak payah kita nak komen bab yg sensitif nya,andai tak boleh dipakai kenapa org mereka pakaian tersebut,dalam hal hukum pula,kenapa kita yg harus menghukum nya,adakah kita ini Tuhan ?"

Tapi bagi Hikari....

1. Rasuah tu baik atau buruk? Ketagih hisap dadah, baik atau buruk? Meninggi diri, baik atau buruk? Pedophilia, baik atau buruk? Pendek kata banyak benda buruk orang buat juga, jadi jangan la tanya soalan kurang bijak macam tu (andai kata tak boleh dipakai, kenapa orang pakai pakaian tersebut). Kalau benda tu boleh dibuat, tak kisah la baik atau buruk, mesti ada orang yang akan buat. Itu je.

2. Masing-masing berhak mengamalkan agama masing-masing. Agama kamu, agama kamu. Kami tak ajar kamu bagaimana nak belajar, fahami atau laksanakan agama kamu. Kami hormati hak kamu untuk mengamalkan agama kamu. Tapi bila masuk hak kami untuk mengamalkan agama kami, kamu sibuk. Sebab tu banyak orang Islam kata bangsa kamu ni (mana-mana individu yang belum kembali ke Islam) memang nak cari pasal, tak faham sensitiviti agama lain, dan hipokrit.

Lain kali buat kajian dulu. Jangan pandai-pandai nak samakan ajaran semua agama. Memang semua agama secara umumnya mengajar penganutnya untuk melakukan kebaikan TAPI apakah yang ditakrifkan sebagai baik dan buruk oleh setiap agama tersebut? Berbeza bukan?

Kalau tak ada beza, kenapa orang Hindu tak dibenarkan makan daging lembu? Kenapa orang Yahudi kena makan makanan yang 'kosher' sahaja? Kenapa orang Islam wajib makan makanan yang 'halal' sahaja? Di situ pun dah nampak banyak perbezaan. Jadi bab aurat ni pun sama.

Mungkin Tuhan agama kamu kata nak bogel di khayalak ramai pun tak ada masalah. Tapi dalam agama kami, TUHAN KAMI KATA, mendedahkan aurat itu salah. Orang Islam pula kalau nampak orang Islam yang lain melanggar ajaran agama, dimestikan tegur. Tapi nak menegur pun ada caranya. Bukan boleh maki-hamun ke, merendah-rendahkan orang tu, atau caci-maki. Nak tegur tu kena tegur elok-elok. Lepas tu sebaiknya tegur secara rahsia (cakap/mesej/telefon terus orang yang ditegur tanpa diketahui sesiapa supaya orang yang ditegur tidak merasa malu).

Pendek kata, atlet perempuan tu memang dah melakukan kesalahan kerana mendedahkan auratnya kepada orang ramai. Cumanya... Orang yang menegur pun (contoh: tutup aurat tu lebih penting daripada pingat emas tu) ramai yang dah tersalah cara menegur. Orang yang menghukum (contoh: nanti perempuan ni masuk neraka, perempuan ni teruk, perempuan ni pelacur) sudah pastinya sudah tersalah langkah juga.

Ada faham?

Lain kali sebelum komen, kaji dulu. Jangan komen ikut sedap mulut je k.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.