Monday, July 13, 2015

1GOVUC - Apabila kakitangan berpindah, apa nak buat?

Baru-baru ni, ada kakitangan kami yang berpindah ke agensi kerajaan yang lain. Agensi kami ni dan agensi tu di bawah kementerian yang sama. Hikari tak pasti tindakan yang Hikari perlu ambil.

Hikari ni admin untuk 1GOVUC IPMS di agensi Hikari. Kalau tengok dalam portal tu...

Sila klik pada gambar untuk paparan dengan saiz yang lebih besar

... Ada pilihan untuk padam akaun pengguna yang berpindah tu. Tapi... itu je ke yang Hikari kena buat? Untuk kepastian Hikari telefon VADS.

Sila klik pada gambar untuk paparan dengan saiz yang lebih besar

Rupa-rupanya, kalau sama kementerian, tak payah buat apa kecuali hantar emel kepada VADS, maklumkan tentang hal ni. Jangan lupa la dalam emel tu letak apa maklumat yang patut macam nama penuh kakitangan, nombor kad pengenalan, nama agensi lama, nama agensi baru, dan tarikh berpindah :)

Lain-lain

Sebelum hantar emel ke VADS, Hikari buang dulu keahlian kakitangan yang berpindah tu daripada kumpulan-kumpulan yang khas untuk kakitangan agensi Hikari sahaja. Ye la, mana tahu nanti bila VADS dah pindahkan maklumat kakitangan tu ke agensi lain, keahlian kumpulan tu tak dibuang secara automatik. Tak pasal-pasal je maklumat dalaman terlepas ke orang luar :/

Sila klik pada gambar untuk paparan dengan saiz yang lebih besar


No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.