Monday, July 6, 2015

Kad Touch n Go dan MyKad

Kakitangan kerajaan yang suka menggunakan kemudahan atas talian (online services) mesti tahu tentang portal Touch n Go. Nak daftar senang je.

Tengok kad Touch n Go, dapatkan nombor sirinya. Masa nak daftar, itu je soalan susah yang ditanya. Yang lain tu soalan biasa la macam nombor kad pengenalan dan taraf kewarganegaraan.

Salah satu kelebihan apabila dah mendaftar di portal ni, senang nak cetak resit perjalanan untuk buat tuntutan perjalanan. Malangnya, sebelum Hikari sempat guna kemudahan ni, kad Touch n Go Hikari hilang. Aisyeh....

Untuk dapatkan balik duit yang dah dimasukkan dalam kad yang hilang tu pula, Hikari cuma emelkan kepada careline@touchngo.com.my untuk dapatkan bantuan. 

Mereka minta nombor siri kad yang hilang tu untuk dinyahaktifkan (deactivate) bagi mengelakkan penyalahgunaan. Kemudian mereka minta nama bank dan nombor akaun bank. Kalau baki dalam kad yang dinyahaktifkan tu 'cukup', pihak Touch n Go akan pulangkan duit tu kepada pemilik kad.

Maksud cukup tu macam ni.... Katakan dalam kad tu ada RM25. RM25 tu akan ditolak RM10.60 terlebih dahulu iaitu jumlah denda campur bayaran yang dikenakan oleh pihak Touch n Go untuk khidmat penyahaktifan kad dan permindahan baki akibat kecuaian pengguna. Selepas ditolak, bakinya ialah RM14.40, betul tak? RM14.40 tu la yang akan mereka pulangkan kembali kepada pemilik kad. Kalau dalam kad tu cuma ada RM10.60 atau kurang.... kirim salam je la kepada duit yang ada dalam tu.

Kalau dalam kad tu ada RM11.59 pun tak pasti la mereka boleh pulangkan semula duit tu ke tidak. Ye la, RM11.59 tolak RM10.60, bakinya RM0.99. Kadar pemindahan wang yang dibuat melalui Cash Deposit Machine (CDM) atau perkhidmatan atas talian macam CIMBClicks, bukan ke sekurang-kurangnya mesti RM1? Boleh ke pihak Touch n Go kalau nak buat pemindahan wang untuk kadar yang kurang daripada RM1? Wallahualam. Cuma Hikari peringat awal-awal je la, takut nanti ada yang kempunan pula :)

Lepas kad lama tu hilang, Hikari dah malas dah nak buat kad baru. Nasib baik la teringat yang MyKad pun dah boleh digunakan sebagai kad Touch n Go. Hikari tak berapa ingat tapi rasanya Hikari cuma tambah nilai (topup) Touch n Go untuk kad tu melalui mesin ATM. Lepas tu terus boleh guna, tak payah nak telefon atau emel sesiapa buat pengaktifan ke apa.

Sejak daripada tu, hah, apa lagi, seronok la dah kurang kad kena jaga ^_^

Cuma.. sekarang ni tinggal satu perkara je la. Macam mana nak cetak resit perjalanan kalau guna MyKad sebagai kad Touch n Go?

Hikari telefon Pusat Khidmat Pelanggan Touch n Go (+603 2714 8888). Rupa-rupanya MyKad pun boleh didaftarkan dalam portal Touch n Go la! :D

Pegawai khidmat pelanggan tu cakap, cara daftar sama. Cuma itulah. Mana nak cari nombor siri Touch n Go pada MyKad? Senang je :)

Apabila kita tambah nilai Touch n Go pada MyKad tu, mesti dapat resit, kan? Tengok dalam resit tu. Nombor siri Touch n Go untuk MyKad tersebut ada dinyatakan di situ.

Selamat mencuba! ^_^


Lain-lain
Nak tahu lebih lanjut tentang kadar bayaran yang dikenakan oleh Touch n Go? Rujuk pautan ini: http://www.touchngo.com.my/CMS/Footer/Fees-Charges/

11 comments:

  1. TQVM..good info..call byk kali care line TnG..semua bz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zawawi Daud, lupa nak bagitau. Kalau nak telefon mana-mana khidmat pelanggan, jangan telefon masa ramai orang lain pun suka telefon. Contoh pukul 10, pukul 12. Sebab tu kalau kata waktu pejabat khidmat pelanggan tu pukul 8 pagi sampai 5 petang (sebagai contoh), pukul 8 pagi tu la Hikari telefon. Kalau pukul 5 pagi, pukul 5 pagi la Hikari telefon. Sah cepat je talian tu orang angkat. PTPTN pun Hikari buat macam tu. Kalau kena tunggu pun, selalunya tak la lama sangat.

      Delete
  2. THANK YOU VERY MUCH FOR THE SHARING.
    REALLY HELPED A LOT.

    ReplyDelete

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.