Tuesday, June 2, 2015

Kenapa kadar sewaan talian telefon TM cuma RM1 sahaja sebulan?


Entah macam mana, terkeluar cerita daripada mulut mak cik. Katanya, setiap bulan, kena bayar RM25 walaupun tak pakai telefon rumah tu untuk telefon sesiapa.

Hikari rasa hairan la sebab bil talian telefon Hikari selalunya tak sampai RM20 pun sebulan. Kalau bulan tu tak pakai langsung, lagi la... Mau dalam RM2-3 macam tu je. Jadi kenapa mak cik kena bayar sekurang-kurangnya RM25 sebulan?

Rupa-rupanya, bila Hikari telefon TM, pegawai TM tu beritahu... Kalau sewa talian telefon sahaja, kadar sewaan ialah RM25 sebulan, tidak termasuk kadar panggilan yang dibuat ke talian telefon bimbit. Kalau sewa kedua-dua talian telefon dan Internet, kadar sewaan talian telefon RM25 tu dikurangkan jadi RM1 je. Ini adalah salah satu kelebihan atau taktik TM untuk menarik pelanggan Internet ^_^

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.