Monday, June 8, 2015

Uruskan pinjaman sebelum mati


Hikari beli buku "Urus Harta Sebelum Mati" karangan Encik Md Ghazali Ibrahim. 



Selepas baca, memang macam-macam la terfikir. Yang paling penting, apa akan jadi dengan hutang-hutang Hikari kalau Hikari tak panjang umur? Apa akan jadi dengan pinjaman kereta dan pinjaman ASB jika si peminjam meninggal dunia sebelum habis bayar? Untuk menjawab soalan ni, Hikari bertanyalah kepada bank-bank yang berkenaan dan kenalan yang berpengetahuan tentang hal ini. Hasilnya....

Pinjaman Kereta
  • Kalau peminjam tidak mengambil insurans untuk pinjaman kereta, apabila si peminjam meninggal dunia, Maybank akan mengambil semula kereta tersebut.
  • Kalau peminjam mengambil insurans untuk pinjaman kereta, apabila si peminjam meninggal dunia, automatik pinjaman kereta tersebut akan habis dibayar oleh insurans tersebut dan menjadi milik si peminjam atau waris sepenuhnya.
  • Insurans pinjaman kereta perlu dibuat semasa mula-mula kita nak membuat pinjaman kereta atau dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan pinjaman diluluskan.
  • Dalam kes Hikari, pinjaman dah dibuat lebih daripada setahun. Hikari masih boleh buat insurans untuk pinjaman kereta Hikari. Cuma kena bayar RM300 untuk 8 tahun tempoh perlindungan. Yang tak bagusnya, sebab dah lebih setahun, ada tempoh 'cool down' 6 bulan. Maksudnya, dalam tempoh 6 bulan dari tarikh insurans dibuat, pinjaman kereta Hikari tidak dilindungi oleh insurans tersebut. Kalau Hikari meninggal dalam tempoh 6 bulan ini, kesannya sama macam Hikari tidak mengambil insurans untuk pinjaman kereta Hikari. Maybank akan tarik kereta tersebut.
  • Pihak bank memang tidak akan menceritakan tentang insurans untuk pinjaman kereta ini kepada kita. Kita kena tanya, baru mereka akan beritahu. Fikir-fikirlah sendiri kenapa mereka tidak berminat nak memaklumkan tentang kemudahan ini kepada kita.
  • Ada orang kata, kalau peminjam meninggal dunia, bank tidak akan menarik semula kereta tersebut kalau waris sanggup sambung bayar pinjaman kereta tersebut. Tapi yang ini bukan maklumat yang Hikari dapat daripada sumber rasmi jadi wallahualam la betul ke tidak.

Pinjaman ASB

  • Kalau peminjam meninggal dunia, automatik insurans akan menanggung baki pinjaman tersebut sekaligus menjadikan pinjaman tersebut 100% milik peminjam atau waris.
  • Pakej pinjaman Islamik untuk simpanan ASB di Maybank yang Hikari ambil, memang dah termasuk sekali khidmat pengurusan wasiat secara percuma. Khidmat pengurusan wasiat ini boleh dibuat bukan sahaja untuk menguruskan pinjaman/simpanan ASB, tetapi juga untuk semua harta atau pinjaman yang kita ada. Hikari terlupa nak tanya... khidmat pengurusan wasiat ini boleh digunakan sekali sahaja ke atau boleh dibuat perubahan berkali-kali tanpa sebarang bayaran?
  • Kalau pakej pinjaman ASB yang diambil tidak termasuk khidmat pengurusan wasiat, peminjam boleh dapatkan khidmat ini daripada mana-mana bank yang menawarkan perkhidmatan ini. 
  • Kalau di Maybank, ada 2 jenis pakej khidmat pengurusan wasiat yang disediakan. Yang murah dalam RM300 macam tu. Yang mahal dalam RM1000 lebih. Yang murah tu memang dah tak boleh dikemaskini wasiatnya. Maksudnya kalau ada perubahan nanti, kena buat wasiat baru. Kalau nak ambil yang murah juga, bayar la RM300 lagi setiap kali nak buat perubahan. Yang mahal tu, bayar sekali sahaja. Lepas tu tak ada masalah nak buat pengemaskinian. Tapi bergantung juga la apa yang nak dikemaskini. Kalau setakat nak kemaskini harta atau maklumat hutang, memang percuma. Tapi kalau nak kemaskini waris, ada la cas sikit yang dikenakan dalam RM50-200 macam tu.


Semoga maklumat di atas bermanfaat untuk membantu orang Islam menguruskan harta masing-masing :)


P/S: Salah satu kepentingan menyediakan wasiat ialah supaya kita tak tersadai di Akhirat kelak kerana tak bayar hutang. Kalau nak tahu lebih lanjut, baca la buku "Urus Harta Sebelum Mati" ni.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.