Thursday, August 21, 2014

Kemaskini Capaian Pengguna eTerimaan

Sebelum ni dah beberapa kali kakitangan agensi ni berpindah keluar dan masuk. Tak ada pula apa-apa masalah nak batalkan capaian kakitangan lama dan buka akaun untuk kakitangan baru. Tapi tiba-tiba kali ni banyak pula masalah.

Nak buka akaun untuk kakitangan baru yang berpindah daripada agensi B, keluar pula ralat kata ID tu dah ada dalam sistem. Tanya agensi B, mereka kata akaun kakitangan tu dah dibuang daripada sistem mereka. Sebab sebelum ni tak ada masalah, kami ingat mungkin sistem lambat dikemaskini atau pentadbir sistem di situ yang tersalah faham. Kita kata eTerimaan, mereka ingat eSPKB, tak mustahil.

Diringkaskan cerita, selepas puas hairan dan menyiasat di mana masalahnya, semalam baru la tahu rupa-rupanya kalau nak kemaskini capaian, agensi kena isi Borang Permohonan Capaian Sistem eTerimaan (Borang JANM/eT01) dan hantar kepada AG Perak. AG Perak yang akan buatkan. Tak tahu la prosedur baru ke atau prosedur lama yang baru dikuatkuasa (maksudnya sebelum ni tak berapa ikut prosedur).

Sebab sebelum ni tak pernah isi, kena la tanya, macam mana nak isi borang tu. Dah baca panduan yang disediakan dalam sistem eTerimaan tu tapi masih ada yang tak jelas.

Kalau nak batalkan capaian Pengarah (ketua agensi) lama pula, pemohon ialah Pengarah lama dan bahagian pengesahan maklumat oleh pemohon perlu diisi dengan maklumat Pengarah lama tetapi Pengarah lama tak perlu tandatangan. Mana-mana pegawai kanan boleh tandatangan bagi pihak Pengarah lama.

Kalau nak kemaskini capaian untuk Pengarah (ketua agensi) baru, pemohon ialah Pengarah baru dan bahagian pengesahan maklumat oleh pemohon perlu diisi oleh Pengarah baru. Pegawai yang menyemak permohonan ini ialah Penolong Pegawai Tadbir. Pegawai yang mengesahkan permohonan pula ialah mana-mana Pegawai Kanan (sepatutnya ketua agensi).

Permohonan untuk batalkan capaian sepatutnya dibuat oleh agensi lama (dalam kes ni, Agensi B), manakala permohonan untuk kemaskini capaian sepatutnya dibuat oleh agensi baru (agensi saya).

Kemudian kakitangan AG Perak tu nasihat, kalau nak permohonan tu diproses dengan cepat, faks borang tu dulu kepada mereka. Yang asal tu boleh pos kemudian.

Alhamdulillah, semalam dah selesai buat semua ni :)

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.