Wednesday, August 20, 2014

Salahkah orang Yahudi anjur bantahan menentang negara haram Israel?

Dua hari lepas, baca berita pasal bantahan yang dilakukan oleh orang Yahudi di Tel Aviv.

http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140818/lu_04/Penduduk-Israel-anjur-bantahan

Macam biasalah, lepas baca artikel, baca pula komen. Rata-rata komen orang Melayu adalah macam di bawah.....

Contoh 1
"Yahudi penganas sebenar.. daripada pemimpin hingga kepada rakyatnya mempunyai azam yang sama untuk menakluki Gaza dan membunuh semua rakyat Gaza ... tapi Allah tak izinkan itu berlaku ... maka akan celakalah Yahudi dan keturunannya ..."

Contoh 2
"Macam ada agenda je Yahudi ni. seolah-olah mereka baik belaka. apabila ada bantahan maka berhenti la sekejap kerana bantahan daripada orang mereka sendiri. Nanti lama sikit dia mula serang semula."

Pelik, kan?

Tak sangka masih ada yang fikir macam tu. Kenapa susah sangat nak percaya ada orang Yahudi yang baik? Sama la macam kita orang Islam pun. Bukannya semua perangai elok, kan? Sebab tu dalam setiap bangsa dan agama mesti ada yang tak suka keganasan, ada yang kuat mengamuk sikit-sikit ajak perang konon nak 'ajar' pihak lawan dan ada juga yang terlampau sombong dan tamak sampai perasan konon dia je yang baik orang lain semua salah.

Tapi kalau kita nak pilih juga perangai suka pukul sapu rata ni, nak tiru perangai Pengganas Zionis... maka janganlah berat sebelah marah sesetengah orang-orang bukan Islam terutamanya di Barat apabila mereka pun pilih untuk pukul rata, tuduh semua orang yang beragama Islam adalah pengganas yang mana matlamat utama mereka ialah membunuh semua orang bukan Islam.

Ini salah satu contoh orang Yahudi yang tak sokong perbuatan Pengganas Zionis.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.