Friday, July 11, 2014

Benci Kerajaan ke Benci Negara?

Baru-baru ni ada orang kongsi di Facebook gambar tadika Pasti di mana bendera Malaysia dipasang terbalik.

Selama ni yang saya nampak yang pegang atau pasang bendera terbalik ni selalunya masa protes je kepada Kerajaan. Mereka kata mereka tidak puas hati dengan Kerajaan Malaysia tapi masalahnya Jalur Gemilang tu lambang negara BUKANNYA lambang Kerajaan yang memerintah.

Cuba kalau Malaysia ni diperintah oleh PAS atau PKR selepas ni (contoh je, minta dijauhkan). Bukankah maknanya pentadbir negara telah berubah daripada BN ke PAS/PKR? Tetapi adakah Malaysia berubah jadi MalaPAS atau MalaPKR? Tidak, kan? Malaysia tetap Malaysia.

Setiap kumpulan politik masing-masing dah ada bendera dan logo tersendiri. Kenapa tak guna yang tu? Dengan kata lain bila buat macam ni bukannya menghina Kerajaan yang memerintah tetapi negara sendiri. Tak betullah buat macam tu. Mana semangat patriotik kalau negara sendiri sanggup dihina? Mana kesetiaan kepada Malaysia?

Ini bukan isu BN atau PR sebab dua2 pun warganegara Malaysia. Ini isu, kalau tak setia kepada Malaysia, layak ke jadi warganegara Malaysia?

Jadi apabila ditegur pasal hal ni, tak payahlah mengejek, saya/kami ada kuasa ke nak buat camtu? Ada ke tak de, soalannya perbuatan tu betul ke salah? Kalau salah, apakah tindakan yang wajar diambil kepada penderhaka negara?

Penjara? Aik, dah hina Malaysia lepas tu dihukum supaya dapat makan dan tempat tinggal yang ditanggung percuma oleh rakyat Malaysia pulak? Banyak cantik! Benci Malaysia, minta la ehsan daripada negara lain yang lebih baik. Tinggal di sini pun buat menyemak dan menyakitkan hati orang je.

Ada pula yang selepas ditegur, komen balik. Menyindir melalui gambar-gambar yang dikongsi di mana DS Rosmah pegang gambar bendera terbalik, balai polis pasang bendera terbalik, dan yang seumpamanya.

Ok, la. Yang ini saya terima sebagai teguran membina. Saya tak pernah tengok gambar-gambar yang dikongsikan ni sebab tu saya tak terfikir bahawa ada kemungkinan besar juga orang yang buat ni sebenarnya tak ada niat buruk. Ini cuma kes perangai tak senonoh, kerja sambil lewa, cuai buat kerja. 

Mungkin tak sampai tahap perlu dibuang taraf kerakyatan tapi tetap perlu ditegur dengan tegas sebab ini bukan isu kecil. Kalau dibiarkan, rakyat Malaysia akan semakin terhakis semangat patriotiknya. Jadi tak kisah la siapa yang buat, DS Rosmah ke, polis ke, rakyat yang merusuh ke, semuanya perlu ditegur dan diambil tindakan tegas jika menghina Malaysia tak kisah la dibuat dengan sengaja ataupun tidak.

Bezanya cuma dari segi hukuman yang dikenakan. Itu je. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.