Saturday, July 12, 2014

Tips Beli Lapik Penyejuk Untuk Komputer Riba

Komputer riba (laptop) ni cepat panas la akhir-akhir ni jadi  nak beli lapik penyejuk (cooling pad). Waktu nak beli, penjual tu tanya, "lubang udara komputer awak sebelah kiri ke, atau sebelah kanan?".

Ala, tak perhati la pulak. Tapi kenapa penjual tu nak tahu ye? Penting ke?

Rupa-rupanya lapik penyejuk dia nak jual tu jenis tiup angin ke atas. Kalau lubang udara tu sebelah kanan, kipas pada lapik penyejuk tak boleh ada sebelah kanan juga. Nanti dia tiup angin masuk dalam, rosak je komputer riba tu. Sebab tu kalau lubang angin belah kanan, beli lapik penyejuk yang kipasnya sebelah kiri. Begitu juga la kalau sebaliknya.

Habis tu, kalau tak ingat lubang angin tu belah kiri atau kanan camne? Nak kena balik semak dulu ke?

Kalau rajin, begitulah sebaiknya. Kalau tak rajin, ambil je lapik penyejuk yang kipasnya di tengah-tengah.

Begitulah al-kisahnya membeli lapik penyejuk untuk komputer ribaku :D

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.