Tuesday, January 28, 2014

Cara tukar kata laluan 'router' Streamyx yang TM bagi

Kata laluan asal untuk akaun tmuser ialah tmuser. Kata laluan asal untuk akaun tmadmin ialah tmadmin. Juruteknik TM yang datang untuk pasang Streamyx di rumah pelanggan tu selalunya tak tukar kata laluan ni. Saya tak tahu kata laluan asal untuk akaun support jadi saya pun tak pasti kalau juruteknik TM tukar ke tidak. Rasanya macam tak sebab yang guna akaun support ni staf TM tu sendiri, bukan juruteknik kontrak yang pasang Streamyx di rumah pelanggan tu.

Untuk tukar kata laluan untuk akaun tmuser dan tmadmin ni, pengguna kena daftar masuk sebagai tmadmin.


Di bahagian 'Modem Username' dan 'Modem Password', masukkan tmadmin dan klik pada butang 'Login'.


Dah berjaya daftar masuk sebagai tmadmin, klik 'Management', kemudian 'Access Control', dan akhir sekali 'Passwords'.

Di bahagian 'Username', pilih tmuser atau tmadmin. Kalau pilih tmuser, di bahagian 'Old Password' tu masukkan tmuser. Kalau pilih tmadmin, di bahagian 'Old Password' tu masukkan tmadmin.

Di bahagian 'New Passsword', masukkan kata laluan yang baru. Di bahagian 'Confirm Password', masukkan kata laluan yang baru tu sekali lagi untuk tujuan pengesahan. Dah selesai isi, klik pada butang 'Save/Apply'.



Kalau berjaya, nanti secara automatik, kita akan ditendang keluar daripada sistem dan dikembalikan ke laman utama. Lepas tu boleh la cuba daftar masuk guna kata laluan baru tapi jangan lupa catat di mana-mana dan simpan dengan baik. Takut nanti lupa.

Kalau lupa, kena set semula (reset) 'router' tu. Untuk set semula 'router', cuba tengok pada badan 'router' tersebut. Cuba cari perkataan 'reset'. Butang 'reset' tu ke dalam jadi tak boleh tekan terus dengan jari. Kena ambil apa-apa macam pin ke untuk cucuk butang dalam lubang tu. Tekan lama-lama dalam 5-10 saat macam tu nanti sepatutnya lepas tu kata laluan untuk 'router' tersebut akan kembali ke asal (default password).

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.