Thursday, January 30, 2014

Macam mana nak akses laman konfigurasi 'router' Streamyx TM?

Kalau ada Streamyx, mestilah ada 'router'. Kalau nak tukar kata laluan WIFI Streamyx, sebagai contoh, kena pergi ke laman konfigurasi 'router' baru boleh tukar tukar kata laluan tu.

Macam mana nak akses laman tersebut? Kalau komputer atau komputer peribadi pakai sistem operasi Windows 7...

Oops, jap. Ada sesetengah orang tak pasti komputer atau komputer peribadi dia pakai Windows 7 ke tidak. Cuba klik 'Start', kalau rupanya macam dalam gambar di bawah terutamanya di bahagian yang saya tandakan tu, memang pakai Windows 7 lah tu. Saya 99% pasti kalau beli-beli je memang rupanya macam ni.



Untuk akses laman konfigurasi 'router' Streamyx TM, kena tahu alamat IP 'router' tersebut. Kalau tak ada ubah apa-apa, alamat IP yang digunakan ialah 192.168.1.1.

Kalau nakkan kepastian...



Klik butang 'Start', taip network, kemudian klik pada 'Network and Sharing Center'.



Tengok gambar di atas. Klik seperti di kawasan yang saya tandakan tu. Kalau nama dan warna pautan yang terpapar di komputer atau komputer riba anda tak sama macam di atas pun tak ada hal. Klik je.



Klik butang 'Details...'.



Tengok di bahagian 'IPv4 Default Gateway'. Apa susunan nombor yang keluar, itulah alamat IP 'router' Streamyx TM anda. Kalau tengok gambar di atas, IP 'router' saya ialah 192.168.1.1.



Dah tahu alamat IP 'router', buka mana-mana pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome (saya pakai yang ini) atau Opera, taipkan semula alamat IP tu di bahagian alamat laman web, kemudian tekan 'Enter' (di papan kekunci). Ta da, maka akan keluar la skrin macam di atas.

5 comments:

  1. wow...bagus ilmu ni.. nanti saya pun nak test kat modem kawan saya... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. O_o Erm, baguslah kalau ilmu ni berguna tapi jangan salah guna pula tau.

      Delete
  2. kalau x blh access sbb salah pswd, mcm mana nk reset pswd pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat 'router' tu patut ada butang 'reset'. Selalunya rupa dia macam ni -> http://www.tricksage.com/wp-content/uploads/blogger/-ynd1QS8dS7M/UiilcFr9YOI/AAAAAAAACHA/S6eRe23b3iw/s1600/resetrouter.JPG Dan selalunya, kita kena pakai pin atau apa-apa benda yang sesuai untuk tekan butang 'reset' ni. Tekan tu pula, kena tekan lama-lama, dalam 30 saat macam tu.

      Delete

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.