Sunday, January 26, 2014

Kalau tak suka masukkan kata laluan untuk akses WIFI Streamyx di rumah

Langkah 1
Daftar masuk sebagai tmadmin

Langkah 2

Klik 'Wireless', kemudian 'Mac Filter'.
Di bahagian 'Select SSID', klik pada nama WIFI anda.

Di bahagian 'MAC Restrict Mode', tandakan 'Allow'. Maknanya, perkakas selain yang telah didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk mengakses WIFI anda.

Klik pada butang 'Add' untuk daftarkan alamat MAC komputer, komputer riba, telefon pintar, atau tablet anda supaya peralatan-peralatan tersebut boleh mengakses WIFI anda.

Langkah 3

Masukkan alamat MAC peralatan anda kemudian klik pada butang 'Save/Apply'.

Langkah 4

Ulang langkah 2 dan 3 untuk setiap peralatan yang anda nak benarkan untuk mengakses WIFI.

Langkah 5

Seterusnya klik 'Wireless', kemudian klik 'Security'.
Di bahagian 'Select SSID', klik pada nama WIFI anda.
Di bahagian 'Network Authentication', pilih 'Open'.

Di bahagian 'Encryption', pilih 'Disabled'. Maknanya anda memilih untuk tidak menggunakan kata laluan untuk mengawal akses ke WIFI.

Kemudian klik pada butang 'Save/Apply'.

Langkah 6

Klik 'Management', kemudian klik 'Reboot'.
Klik pada butang 'Reboot'.

Langkah 7

Skrin yang lebih kurang sama macam gambar di atas akan terpapar. Tak payah buat apa-apa, tunggu je. Nanti 'router' tu akan tertutup dengan sendirinya dalam masa lebih kurang 2 minit.

Langkah 8

Kalau skrin macam ni dah keluar, maksudnya 'router' tu dah tertutup la tu. Tak pe. Lepas tu 'router' tu sepatutnya akan hidup semula secara automatik tapi kalau tak, hidupkan je la sendiri secara manual.

Langkah 6 hingga 8 ni sebenarnya kalau tak buat pun tak apa tapi ada sesetengah 'router', kena buat macam ni baru perubahan konfigurasi tadi akan dilaksanakan. Jadi, kalau nak selamat, buat je la.

Sekarang, boleh la anda akses WIFI guna peralatan yang anda daftarkan tadi tanpa perlu masukkan apa-apa kata laluan tapi dalam masa yang sama, orang lain pun tak boleh nak suka-suka guna WIFI anda tanpa kebenaran anda.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.