Sekarang ni macam dah makin menjadi-menjadi. Di Malaysia ni yang pakai tudung ni selalunya perempuan yang beragama Islam je. Dalam ajaran Islam, tak ajar pun supaya perempuan Islam pakai tudung. Ajaran Islam cuma ajar supaya menutup aurat.
Yang hairannya, kenapa ramai yang pakai tudung tapi terdedah rambut di depan, di belakang atau kedua-duanya? Kenapa ada yang pakai tudung tapi nampak leher? Kenapa ada yang pakai tudung jarang sampai nampak rambut di dalam? Kenapa ada yang pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek? Kenapa ada yang pakai tudung tapi pakai baju ketat?
Berpakaian macam tu dah cukup untuk menutup aurat ke?
Kalau setakat budak-budak muda dan remaja, tak hairan sangatlah sebab mungkin ilmu masih tak cukup jadi tak jelas tentang isu tudung dan aurat ni. Masalahnya yang dah jadi mak orang, cikgu, dan yang dah tua bangka pun ramai juga yang macam ni, apa kes?
Oklah, artikel ni bukan untuk mengata sesiapa tapi untuk memberitahu kepada yang belum tahu dan mengingatkan kepada yang lupa.
Aurat perempuan Islam ni berbeza-beza mengikut keadaan. Aurat dengan lelaki yang bukan mahram lain, aurat dengan mahram atau perempuan Islam lain, aurat dengan perempuan bukan Islam atau perempuan yang akhlaknya tak berapa elok lain, aurat sebagai seorang hamba lain.
Tapi di Malaysia ni, kebanyakan perempuan Islam yang keluar rumah ni pastinya bukan hamba. Jadi apabila keluar je dari rumah, automatik aurat yang menjadi ukuran ialah aurat dengan lelaki yang bukan mahram iaitu:
* Seluruh badan
* Kecuali muka dan kedua tapak tangan (depan dan belakang)
Larangan lain yang berkaitan:
* Jangan berpakaian menyerupai agama lain.
* Jangan berpakaian menyerupai lelaki.
* Jangan berpakaian tetapi bogel (ketat atau jarang atau kedua-duanya).
* Tidak terlalu menarik perhatian.
* Tidak memakai wangi-wangian terutamanya untuk menggoda.
Itu je panduannya.
Dalam erti kata lain, kalau tak nak pakai baju, tak apa, TAK NAK PAKAI TUDUNG, TAK APA, tak nak pakai stokin, tak apa, tak nak pakai baju dalam, seluar dalam, pun tak apa.
Asalkan pakai APA-APA SAHAJA YANG MENUTUP AURAT dan tidak melanggar larangan-larangan yang dinyatakan di atas!
Nak rujukan lebih lanjut yang mudah difahami dan menarik, cuba layari blog ni:
* http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/02/batas-batas-aurat-mahram-dalam-islam.html
* http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/02/memelihara-aurat-lambang-peribadi.html
Sekian.
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.