Respon saya kepada artikel ini:
http://sighihashirama.blogspot.com/2012/12/beberara-alasan-kenapa-indonesia-takut.html
Selamat petang Sigit,
Saya dari Malaysia. Sebelum kamu menuduh Malaysia adalah sekeji itu, pernahkah kamu menyemak info-info tentang berita yang kamu dengar itu dari sumber selain media massa kamu sendiri?
Tahukah kamu, di Malaysia, rata-rata orang Melayu melayan pembantu rumah seperti ahli keluarga sendiri? Mereka tinggal, makan dan bergaul seperti satu keluarga?
Tahukah kamu, kes-kes yang kamu sebut tentang kekejaman orang Malaysia kepada pembantu rumah daripada Indonesia adalah kes terpencil? Dan tahukah kamu, selalunya pelaku jenayah tersebut terdiri daripada orang Cina?
Tahukah kamu, di Malaysia, juga ada kes-kes terpencil di mana pembantu rumah Indonesia MENDERA anak-anak majikan DENGAN KEJAM?
Tahukah kamu, orang Indonesia yang datang di sini banyak juga menyebabkan jenayah sehingga menakutkan orang Malaysia?
Tahukah kamu yang orang Melayu di Malaysia dan Indonesia adalah SERUMPUN?! Sebelum kita dijajah, tahukah kamu orang Melayu adalah secara umumnya penguasa di Nusantara ini tanpa ada sebarang pemisah sempadan?
Tahukah kamu budaya adalah milik BANGSA bukannya negara?
Oleh itu, logikkah jika kamu menuduh Malaysia yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu mencuri kebudayaan orang Melayu di Indonesia?
Logikkah kamu menuduh Malaysia yang menyebabkan masalah sempadan ini padahal penjajah yang menyebabkan kita berpecah-belah kepada beberapa negara?
Dan tahukah kamu juga kami orang Malaysia tidak bencikan orang Indonesia dan sangat-sangat tidak faham kenapa orang Indonesia bencikan orang Malaysia?
Mohon fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.