Saya dulu jarang menggunakan Facebook kerana rata-rata info yang dikongsi adalah koleksi gambar, hadis, cerita lawak dan lain-lain seperti yang selalu di'spam' oleh kawan-kawan melalui emel peribadi. Tapi yang lebih menjengkelkan lagi ialah ayat-ayat rindu yang syahdu antara dua pasangan kekasih yang memualkan.
Saya tak cemburu (ok, cemburu la jugak sikit) tapi perlu ke bermadu mesra di khayalak ramai walaupun hanya sekadar melalui teks?
Tapi sekarang, saya macam dah ketagih dengan Facebook sejak 1-2 minggu sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). Saya adalah seorang yang buta politik tapi melalui Facebook, banyak info yang berjaya saya kutip hampir setiap jam.
Selama ini saya ingat politik ni tak ada kena mengena dengan saya dan saya tak minat pun nak ambil tahu perkembangan politik tanahair. Tapi Alhamdulillah, sedikit demi sedikit terbuka pandangan saya tentang kepentingan mengambil tahu hal politik negara.
Rupa-rupanya banyak isu yang dipolitikkan dari agama hingga kes anak tak pergi sekolah. Memang mengejutkan. Apabila disemak dan dikaji isu-isu yang ditimbulkan, barulah sedar bahawa memang naya kalau tak ambil tahu. Hidup-hidup ditipu oleh puak-puak pemalas yang tak sedar diuntung dan puak-puak yang suka mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain. Yang lebih teruk lagi, kedua-dua puak ni pentingkan diri sendiri.
Saya amat berterima kasih dan mengucapkan syabas kepada semua pihak yang bertungkus-lumus untuk menegakkan kebenaran, tidak bodoh sombong, dan sentiasa cuba untuk berakhlak mulia walaupun dicerca oleh pihak lain.
Sayangnya, usaha-usaha ini kerapkali disabotaj oleh Facebook sendiri. Saya tak faham macam mana Page dan Profile yang terang-terang menyebarkan kebencian, yang rasis, yang menggunakan bahasa yang sangat buruk untuk menuduh/mengutuk orang lain/agama, tidak ditutup oleh Facebook tapi yang sebaliknya pula senang untuk ditutup. Kuasa ajaib apa ni?
Apa pun, untuk mengelakkan koleksi-koleksi info yang saya dah berjaya kutip melalui Facebook, saya akan catat balik dan kongsi di dalam blog ini. Semoga berguna kepada orang lain.
Amin~
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.