Thursday, September 12, 2019

Tidak Dapat Hantar Pesanan Ringkas ke 15888 (Telefon Android versi 7.0)

Assalamualaikum, hai,

Dah lama Hikari tak menulis dekat sini. Rindu pula rasa.

Bagi yang tak tahu, untuk semak keputusan permohonan sambung belajar melalui UPU, kita boleh hantar pesanan ringkas (SMS) ke talian 15888.

Taip: UPU RESULT <no. kad pengenalan tanpa sengkang>

Contoh: UPU RESULT 123456121234

Huwaaa.... Hikari gagal semakan permohonan 31 Julai 2019 hari tu... tapi Hikari tak terasa sangat lah sebab memang dah diberitahu pegawai UPU sesiapa yang tak ada MUET masa mohon April 2019 hari tu, memang akan ditolak awal-awal. Hikari ada MUET tapi MUET Hikari tu rupanya dah tamat tempoh sah jadi kena ambil semula. Nasib baik ada MUET On Demand. Sempat la Hikari ambil semula peperiksaan dan dapatkan keputusan peperiksaan sebelum Ogos 2019.

Hehehe.... dapat Band 4. Alhamdulillah.

Semakan rayuan UPU pertama: 26 Ogos 2019
Semakan rayuan UPU kedua: 13 September 2019

Masa semakan rayuan pertama ni lah Hikari tak tahu ada tertekan apa, tiba-tiba terus tak boleh hantar pesanan ke 15888. Dia asyik keluar ralat "failed to send" (terjemahan: tak berjaya hantar) je. Hantar ke nombor lain tak ada masalah pun.

Puas Hikari cari puncanya.

Dah cuba kembalikan tetapan telefon ke asal pun masih tak jadi juga.

Settings (Terjemahan: Tetapan)
> General Management (Terjemahan: Pengurusan Am)
> Reset (Terjemahan: Kembalikan ke asal)
> Reset settings (Terjemahan: Kembalikan tetapan ke asal)

Semak tetapan Messages pun tak nampak apa-apa yang pelik.

Settings (Terjemahan: Tetapan)
> Apps (Terjemahan: Aplikasi)
> Messages (Terjemahan: Pesanan)

Akhirnya Hikari mengalah, terpaksa pinjam telefon mak dan adik saudara untuk semak keputusan rayuan... huhuhu.... semak banyak kali sebab tak percaya permohonan gagal... ;_; sedihnya rasa...

Minggu lepas, tiba-tiba tular pasal apa entah tapi berkaitan dengan kad pengenalan... ke pasal tempat mengundi? Entah la Hikari pun tak ingat. Katanya ada yang bertukar ke??? Erk, maaf, tak ingat... tapi kesannya Hikari saja semak cara nak semak maklumat pengundi. Rupanya boleh semak dengan hantar pesanan ringkas ke 15888 ni juga.

Taip: SPR <no. kad pengenalan tanpa sengkang>

Contoh: SPR 123456121234

Maka Hikari pun cubalah... keluar ralat yang sama juga, "failed to send".

Hikari cuba lagi untuk cari punca masalah dia. Rupa-rupanya... jeng jeng jeng... ada nombor-nombor tertentu macam 15888 ni dikira menggunakan khidmat tambahan pesanan ringkas (premium SMS services). Nombor-nombor macam ni panjang dia antara 3 hingga 5 angka. Kenapa dia dikira khidmat tambahan? Sebab bila kita selaku pengguna hantar pesanan ringkas ke nombor ni, kita kena bayar lebih :P

Sumber rujukan: https://www.infobip.com/en/glossary/premium-sms-number

Patut la selama ni bila nak hantar je pesanan ke nombor tu, mesti ada makluman pelik yang keluar sebelum boleh tekan Send.

Makluman yang keluar:
Message service would like to send a message to 15888. Allow? This may result in charges.
(Terjemahan: Khidmat pesanan mahu menghantar pesanan ke 15888. Benarkan? Kesannya anda mungkin perlu membuat pembayaran.)

Pelik kenapa? Pelik la sebab bukan bila hantar pesanan ringkas memang kena bayar ke? Hantar ke nombor lain tak ada pun keluar makluman ni, hantar ke 15888 keluar makluman. Dalam pelik-pelik tu pun hantar juga :P

Bila dah tahu, jalan penyelesaiannya senang je.

Settings (Terjemahan: Tetapan)
> Apps (Terjemahan: Aplikasi)
> Special access (Terjemahan: Akses istimewa)
> Use Premium SMS services (Terjemahan: Guna khidmat tambahan pesanan ringkas)
> Ask (Tanya) atau Always allow (Sentiasa benarkan)

 

Tekan dekat butang yang rupa dia macam 3 titik tu untuk ke Special access

Rupanya Hikari tak tahu la macam mana boleh tersilap tetapkan supaya jangan benarkan (Never allow). Patut la tak boleh hantar...

Alhamdulillah, satu masalah dah selesai :)

Rakan-rakan tolong doakan Hikari berjaya semakan rayuan esok ye T_T aminn...

Semakan 13 September 2019: ALHAMDULILLAH BERJAYA!

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.