Thursday, June 23, 2016

Nak boikot Facebook tapi..

Dah baca berita ni?

Keratan berita:
Dislike: Facebook names Netanyahu's former advisor 'head of policy'

A longtime senior adviser to Israeli Prime minister Binyamin Netanyahu has been appointed as Facebook's head of policy and communication in the latest cooperation between the social networking site and the Israeli government to tackle the BDS movement.
Jordana Cutler, also chief of staff at the Israeli embassy in Washington, has joined Facebook's Israel office to oversee the planning and execution of measures taken to combat BDS campaigns. Cutler's new post was applauded by the minister of public security Gilad Erdan, who announced on Thursday a series of legislative measures taken by his government against promoting the boycott of Israel.

U_U Sebab tu dari dulu lagi Hikari tak setuju bila orang Islam buat sesuatu yang ala Facebook tapi yang menarik untuk orang Islam je. Kalau orang Islam je boikot tak pakai Facebook, orang bukan Islam terus pakai, jawapannya sampai bila-bila Facebook buat bodoh tak layan kita. Tu tak masuk lagi bab bukan semua orang Islam akan boikot Facebook. Tapi bila kita cakap macam tu, kita pula dituduh tak sokong atau memandang rendah kepada Islam/orang Islam.

Sekarang Facebook dah terang-terang jemput orang dari sinun jadi penasihat. Apa nak cakap lagi?

Mana tempat ala Facebook sebaik atau lebih baik daripada Facebook yang boleh ganti Facebook untuk warwarkan isu penting (isu Palestin, contohnya) kepada orang Islam DAN orang bukan Islam? Mana tempat untuk orang bisnes berbisnes tanpa peduli pelanggannya orang Islam ataupun tidak? Mana tempat untuk ahli keluarga, rakan, rakan lama, berhubung dengan mudah tanpa mengira agama mereka? Mana tempat yang orang suka selfie, tak suka selfie, suka video, tak suka video, suka menulis, tak suka menulis, dan lain-lain, boleh buat apa sahaja yang mereka suka? Mana tempat yang orang ramai boleh buat semua ni di satu tempat sahaja dengan mudah?

Jangan cakap Whatsapp, telefon, SMS, dan seumpamanya. Facebook ni ada kelebihannya sendiri berbanding semua tu. Sebab tu Facebook masih ada ramai pengguna walaupun cara yang lain tu pun banyak orang guna.

Jadi tolong la. Orang Islam yang hebat hebat bab ni, tolong buat satu yang ala Facebook, yang elok atau lebih elok daripada Facebook, yang semua orang boleh pakai tanpa mengira agama si pemakai sebab kita hidup di dunia sebenar. Kita tak hidup dikalangan orang Islam je.

Tapi kalau tak de juga mana-mana orang Islam yang buat... hm... Google+ la jawapannya kot buat masa ni... https://turbofuture.com/internet/Not-Facebook-Alternative-Social-Networking-Sites Yang lain semuanya nampak macam khusus untuk orang tertentu je.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.