Thursday, September 25, 2014

Kesan suntikan vaksin pada anak kucing dan ubat mata

Sejak budak kucing 5 ekor tu (Do, Re, Mi, Abu, dan Momo) disuntik vaksin Isnin minggu lepas, mereka jadi tak bermaya, asyik tidur je, makan pun tak lalu. Kami ingat itu kesan kena suntik vaksin jadi kami sabar dulu.

Lepas dua tiga hari, mak kata waktu dia cuci tahi mereka, dia nampak ada cacing. Oooo... ok. Dah pasti. Ini memang kesan kena vaksin tu. Mak kata dia cari maklumat di Internet, proses ni dipanggil 'deworming' atau nyah/buang cacing dalam Bahasa Melayu.

Mungkin hari yang sama atau lepas tu, salah seekor daripada budak-budak tu, Do, muntah-muntah. Mak kata dia nampak cacing juga dalam muntah tu. Mengingatkan ini kesan vaksin, kami tak fikir banyak la, tenang je.

Masuk hari Ahad, Alhamdulillah. Abu dan Momo dah berselera makan balik dan kini dah semakin aktif berbanding masa mula-mula kena vaksin. Cuma Do, Re, dan Mi je buat kami risau.

Mereka makan sekadar lapik perut, selebihnya minum air je atau pergi menetek. Dulu sedap je pegang, sekarang pegang huiii takut terasa macam pegang tulang. Lepas tu tidur memanjang, dah tak main ganas-ganas macam dulu dah. Yang paling tak tahan, Do dan Re asyik mengiau mengadu sakit atau tak larat :(

Jadi pada keesokan harinya, saya telefon Pejabat Perkhidmatan Veterinar tu. Saya tanya, ini memang kesan suntikan vaksin tu ke? Berapa lama sebelum kesan ni berakhir?

Tak pasal-pasal Encik Doktor berceramah berleter patutnya Doktor yang suntik vaksin tu kena la beritahu kepada pemilik kucing tu apa kesannya selepas disuntik vaksin dan apa yang mereka kena buat sepanjang tempoh tu. Hehehe, maaf Encik Doktor. Saya pun salah juga, lupa tanya...

Lepas tu Encik Doktor pun beritahu la, lepas kena suntik vaksin ni, memang kucing tu akan jadi macam murung, demam, tak bermaya, kurus tak lalu makan, muntah-muntah apa semua. Tapi lepas satu atau dua minggu patutnya mereka akan kembali ok.

Kalau lepas dua minggu pun masih tak ok, mungkin ada sesuatu yang tak kena, baik bawa mereka pergi klinik :/ Harap-harap tak ada masalah lah. Semoga Do, Re, Mi kembali bulat, sihat dan ceria. Amin...

Ok, bahagian tu kira selesai lah buat masa ni. Yang belum selesai, beli ubat mata untuk Do. Tak tahu kenapa, dia seekor je tiba-tiba sakit mata dua-tiga hari lepas. Lepas telefon tu saya terus pergi Pejabat Perkhidmatan Veterinar untuk beli.

Masa beli tu, pegawai tu sarankan saya supaya cuba cuci dulu mata Do dengan air garam. Kalau ok, tak payahlah pakai ubat mata tu. Air garam tu jangan pekat sangat. Sedikit garam dah cukup. Saya masih tak faham arahan dia. Saya tanya, secubit garam campur dengan secawan air, ok ke? Dia kata ok.

Balik rumah, saya terus cuci mata Do dengan air garam. Macam seronok pulak dia bila orang cuci mata dengan air garam, sampai nak tertidur-tidur. Apa-apa lah Do, janji kau sihat :)


Lain-lain

Terjumpa petua-petua ni. Rasa macam sesuai untuk panduan jaga bebudak ni.

Panduan untuk mereka yang pertama kali bela kucing
http://meowwmania.blogspot.com/2011/05/panduan-untuk-mereka-yang-baru-pertama.html

Cara Cuci Air Kencing Kucing
http://www.sunahsukasakura.com/2013/01/air-kencing-kucing-berbahaya.html

Maksud posisi tidur si comel
http://meowwmania.blogspot.com/2010/12/maksud-di-sebalik-posisi-tidur-si-comel.html

Tips menangani masalah kutu kucing
http://www.meowwmania.blogspot.com/2013/01/masalah-kutu-kucing.html

Tips elak sakit mulut (kucing)
http://meowwmania.blogspot.com/2013/02/sakit-mulut.html

Langkah-langkah sebelum dan selepas kucing dimandulkan
http://meowwmania.blogspot.com/2013/03/langkah-langkah-sebelum-dan-selepas.html

6 comments:

  1. Aritu dah vaksinkan sekor.dia tido je smpi ptg. Mlm baru aktif. Riso yg baru amek ni sbb dia stray cat, kurus sgt.

    Baru vaksinkan td. Jgnla x lalu mkn. Baru je badan yg cekeding tu nk berisi.

    Vet saya pesan jgn bg mndi seminggu. Sbb mndi turunkan daya tahan kucing.

    Terima kasih sudi kongsi. Byk tips pasal kucing kat blog awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama ^_^ Semoga kucing awak kembali sihat. Amin~~

      Delete
  2. arini baru vaksin my suzy .. dye selera je makan just x blh pgg..dye akn marah mcm saket..so pasni apa ak jd yekk..dye akn jadi like your cat ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tak dapat nak jawab soalan ni sebab saya bukan pakar :( Cuba telefon tanya pegawai perubatan yang berikan vaksin tu kepada kucing Cik Zu.

      Tapi kalau ikut apa yang pegawai perubatan yang saya tanya waktu tulis artikel ni kata... Lepas 1-2 minggu, kucing-kucing tu patut dah kembali ceria, manja, lalu makan. Kalau masih tak sihat, marah-marah, atau tengok keaadaan dia sangat teruk, ada la yang tak kena tu. Kena bawa balik jumpa pegawai perubatan haiwan untuk pemeriksaan lanjut.

      Delete
  3. bapa sy bawa anak kucing sy dua hari lepas pergi jarum vaksin. dan resultnya anak kucing sy mcm nda lama lagi mau mati. tangan dia bekas jarum bengkak semua btul2 tunggu hari? knpa bgini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, Hikari pun tak tahu kenapa :(

      Dah cuba telefon, tanya doktor?

      Delete

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.