Pergi dengar nikah kampung?
Kes kahwin di Siam memang dah selalu dengar tapi rupanya ada satu jenis lagi, orang panggil nikah kampung.
Hikari pun baru dengar hari ni.
Selama ni Hikari jumpa penggunaan istilah dalam cerita pendek yang berdasarkan kehidupan di China je. Tak sangka rupanya di Malaysia pun berlaku. Tiba-tiba lalu istilah ni di Facebook.
Dah terjumpa tu, macam biasa, haha... Hikari tanya Google Search AI macam-macam pasal hal ni. Dan, macam biasa, sumber, wajib la tanya, sebab AI ni kadang-kadang ada perangai suka berangan, dia cerita benda tak wujud seolah-olah wujud.
Ini la antara hasil sumber rujukan yang diberikan:
Pautan Berkenaan:
[1] https://gempak.com/gaya-hidup/disangka-sah-di-mata-manusia-rupanya-perkahwinan-bermasalah-di-sisi-hukum
[2] https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2026/05/1560723/nikah-tidak-sah-undang-risiko-besar-kepada-pasangan-anak
[3] https://kamarsyarie.wordpress.com/2019/12/06/maqasid-hukum-pengesahan-nikah-bukan-warganegara-di-mahkamah-syariah-negeri-sabah/
[4] https://www.scribd.com/document/497439360/SURAT-AKUAN
[5] https://www.jhcls.org/index.php/JHCLS/article/view/702
Pendek cerita, antara istilah-istilah yang digunakan untuk merujuk kepada nikah kampung ialah nikah kampung, kawin kampung, pernikahan tanpa kebenaran, dan nikah tidak berdaftar.
Sama macam dalam cerita pendek berasaskan China yang Hikari selalu baca melibatkan penduduk China di kawasan pedalaman, nikah kampung di Malaysia ni pun selalu berlaku kepada penduduk Malaysia yang tinggal di kawasan pedalaman. Tak tau la di bandar China masih berlaku ke tak tapi di Malaysia memang ada berlaku. Itu yang mengejutkan!
Mmm, mungkin tak juga, haha!
Terkejut sebab tak tau je. Tapi sebab berlaku tu tak mengejutkan sangat.
Sebabnya, nikah kampung ni rupanya selalu berlaku kepada mereka yang ada masalah kerakyatan. Yelah, kalau kau dah tak ada MYKAD atau Passport yang sah, macam mana kau nak daftar perkahwinan secara sah?
Sebenarnya boleh la tapi hampir mustahil sebab masalah dokumen tak cukup, masalah nak tentukan pertalian darah, dan lain-lain. Jadi, memang logik la kalau nikah kampung ni pilihan utama dikalangan pelarian, atau warganegara Malaysia yang nak kahwin dengan pelarian. Mereka memang dah tak ada pilihan lain.
Nikah kampung ni pula bukan lah sebenarnya tak sah kalau cukup syarat. Cumanya kalau tak didaftarkan dalam sistem pendaftaran perkahwinan Malaysia, dari segi undang-undang, rekod perkahwinan tu tak wujud. Itu yang jadi isu masa nak daftar sijil lahir anak, nak tuntut nafkah, nak tuntut faraid ke apa.
Syarat nikah dalam Islam:
[1] Pengantin Lelaki
[2] Pengantin Perempuan
[3] Wali
[4] Dua Orang Saksi
[5] Ijab dan Qabul (Akad Nikah)
Tapi perkahwinan sesama pelarian Rohingya ni, Google Search AI kata, masalah paling besar paling besar apabila memilih bernikah secara nikah kampung ni ialah pada pemilihan wali. Ni masalah kesedaran yang rendah. Mereka selalunya langkau terus wali yang masih hidup, yang selalunya hidup di luar negara, kemudian guna wali hakim yang tak diiktiraf kerajaan Malaysia. Sebab tu ramai antara mereka yang bernikah ni, kemungkinan besar, pernikahan mereka dianggap tidak sah oleh Mahkamah Syariah Malaysia.
Kalau pengantin perempuan tu warganegara Malaysia yang pakai bapa sendiri sebagai wali, nikah tu kemungkinan besar sah. Cumanya, nak daftar pernikahan tu masih hampir mustahil sebab pelarian Rohingya selalunya tiada dokumen pengenalan diri yang diterima dalam sistem pendaftaran Malaysia. Akibatnya, nikah mereka tetap tidak dapat disahkan dan serba-serbi lepas tu bermasalah la.
Contohnya...
Kalau suami buat masalah, nak cerai susah, nak tuntut nafkah pun susah. Kalau suami meninggal dunia, pun susah, nak tuntut faraid pun tak boleh.
Kalau ada anak, lagi sadis. Seumur hidup anak tu akan bermasalah, tambah-tambah kalau anak perempuan. Disebabkan bapa tak ada pengenalan diri yang sah, si ibu kena buktikan dulu yang anak tu betul-betul anak dia. Silap-silap kena buat ujian DNA yang harganya mencecah ribuan hanya untuk sahkan kewarganegaraan anak. Itu tak baru nak daftar sijil lahir. Tak masuk lagi kalau anak perempuan tu nanti nak kahwin. Nak nikah, disebabkan nama bapa tiada dalam sijil lahir, kena pakai wali hakim. Tapi dari sudut syarat, tak boleh langkau bapa kalau bapa masih hidup dan layak jadi wali. Serba-serbi tak kena. Dah jadi catch-22 kat situ. Taraf pernikahan anak perempuan tu jadi meragukan walaupun dalam sistem undang-undang Malaysia dikira sah.
Jadi kalau kau warganegara Malaysia nak kahwin dengan pelarian, pastikan ikut jalan yang betul. Kalau tak boleh, batalkan je la niat nikah tu. Jadi kawan je seumur hidup, tak payah kahwin. Please. I beg you. Tolong la kasihan kepada bakal anak awak.
Kemudian, ada dua golongan lagi yang selalunya terlibat dengan masalah nikah kampung ni.
[1] Kahwin bawah umur
[2] Poligami
Kahwin bawah umur ni, ada dua jenis. Yang pertama, kahwin disebabkan kebiasaan di situ. Dah baligh, kahwin. Dah kantoi buat projek, kahwin. Nakal sangat, kahwin. Ni masalah kesedaran masyarakat la kiranya. Tapi satu jenis lagi, kahwin sindiket. Ni masalah perdagangan manusia, masalah jenayah. Dua-dua pun tak de apa Hikari nak tambah. Rasanya semua dah tau pun.
Tapi yang poligami sesama rakyat Malaysia ni...
Pautan Berkenaan:
Ikut perangkaan diberi, lebih kurang 60% kahwin di Siam disebabkan poligami dan yang banyak berkahwin disebabkan poligami ni umur antara 40-60 tahun. Ayo...
Sampai sekarang Hikari tak faham perempuan dewasa yang pilih dan sanggup kahwin dengan lelaki bacul macam ni. Otak, mana otak? Sila mandulkan diri dengan segera, PLEASE. Kasihan anak. Dapat bapa yang iman dia di celah kangkang tu dah satu cerita. Dapat pula ibu yang dua kali lima. Hais!
Sekian sahaja ulasan Hikari pada hari ni.
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.