Siaran di Facebook:
Ramai lelaki meretan dekat Komen cakap "mak Aku elok je happy, mak kau je yang tak bahagia" ..
hakikatnya rata-rata mak-mak dulu segala luahan penat lelah, rintihan, kepahitan biasanya akan di luahkan dekat Anak Perempuan, jarang sekali di ceritakan dekat Anak lelaki sebab tu lelaki-lelaki sekarang buta kurang cakna dengan keadaan, dengan perasaan pasangan diorang, lepas tu claim mak Aku dulu elok je 😩"
Apa pendapat anda?
Hikari setuju sangat! Sebab Hikari sendiri pun apabila tengok bakal pasangan, pertama sekali yang Hikari tak nak ialah lelaki yang ada perangai buruk bapa Hikari sendiri.
Tapi jangan salah faham pula. Bapa Hikari ni nak kata jahat, dia tak jahat. Dia tak minum arak, tak hisap rokok, tak naik tangan, tak berzina, tak naik suara dekat isteri atau anak. Tak tau la kot bab naik suara dan tangan tu dia ada buat macam tu dekat bini-bini atau anak-anak yang lain tapi dekat Hikari dan mak, tak buat la. Cumanya...
Mak dan abah Hikari, kedua-dua bekerja. Mak, pesara, cikgu. Abah, pesara, tentera laut.
Tapi siapa yang tanggung apa-apa keperluan keluarga?
Ibu. Boleh kata 100%, ibu!
Abah tanggung apa? Diri dia, kehendak dia.
Dah la tak ada bagi sumbangan kepada keluarga, berhutang pula. Projek macam-macam. Dia guna bini-bini dia untuk pinjam duit atau jadi dia punya penaja. Apabila anak-anak dah besar, dia ganggu minta duit dekat anak pula. Memang tak ada rasa bersalah langsung tak beri nafkah kepada bini-bini dan anak-anak. Muka pula tebal nak mampus, tak malu meminta-minta duit pula daripada orang-orang yang sepatutnya dia tanggung.
Lepas bercerai dengan mak, nafkah anak memang tak de la. Nafkah anak masa masih berkahwin dengan mak pun dia tak de bayar atau tanggung. Lepas tu selalu keluar ayat sedih dekat mulut, abah tak de duit la apa bagai. Tapi dalam miskin-miskin tu, kahwin, cerai, kahwin, cerai. Ada cerai hidup, ada cerai mati. Anak-anak sah la bertambah. Nampak tak? Tak mampu beri nafkah kepada anak sedia ada tapi mampu kahwin dan tambah anak.
Ramai lelaki macam ni. Nak kahwin, nak poligami, konon nak ikut sunnah.
Kau tau tak sunnah tu apa? Kau tak tak apa hukum kahwin? Kau tau tak apa hukum beri nafkah?
Sunnah tu merujuk kepada segala perbuatan, perkataan, dan persetujuan yang datang daripada Nabi Muhammad SAW. Ia menjadi sumber hukum Islam kedua selepas Al-Quran.
Hukum berkahwin bergantung kepada kemampuan orang yang nak berkahwin tu. Kalau tak mampu melaksanakan kewajipan, hukum berkahwin tu boleh jatuh MAKRUH atau HARAM. Dalam keadaan biasa-biasa, hukum berkahwin ialah HARUS, maknanya ikut suka hati kau la nak kahwin ke tak. Kalau kau mampu melaksanakan kewajipan sebagai seorang suami atau isteri, dah jumpa calon yang nak kat kau, dan kau memang rasa dah tak boleh tahan nafsu kau, hukum berkahwin tu boleh jatuh WAJIB. Kalau kau mampu tapi masih boleh tahan nafsu kau, hukum berkahwin tu boleh jatuh SUNAT.
Tapi apa hukum beri nafkah kepada isteri dan anak?
WAJIB.
Apa maksud wajib ni?
Kalau si suami tak mampu beri nafkah, isteri berhak untuk minta cerai. TAK BERDOSA kalau isteri minta cerai disebabkan suami tak mampu bayar nafkah dan BERDOSA BESAR untuk suami yang SENGAJA tak bayar nafkah. Kalau suami tak mampu beri nafkah kepada isteri dan anak sebab dia tak bekerja walaupun dia mampu bekerja, sihat tubuh badan, itu pun masih dikira sengaja tak bayar nafkah. Begitu juga kalau lelaki yang dah bercerai mampu kahwin lain dan tambah anak tapi tak mampu bayar nafkah anak sedia ada, itu pun kira sengaja tak bayar nafkah juga.
Jadi dari segi sunnah apa hukum berkahwin, apa hukum beri nafkah kepada tanggungan?
Ha....
Ada otak pakai. Jawapan dah tersedia di atas. Baca la berulang kali sampai faham.
Sebab tu Hikari tak nak kahwin dengan lelaki macam abah Hikari.
Lelaki jenis 50-50, jenis tak malu minta perempuan belanja, dua-dua ni automatik dibuang daripada senarai calon suami Hikari. Jenis rumah sewa pun tak ada, tapi gatal nak kahwin pun Hikari potong sebab tak sedar diri. Hikari bukannya minta calon jutawan ke apa tapi sekurang-kurangnya nafkah yang asas tu kena la kau mampu sediakan sebelum kau nak usha-usha anak perempuan orang. Lain la kalau perempuan tu sendiri lamar kau dan dia kaya.
Satu lagi, yang jenis kedekut. Kalau lepas kahwin, dia bagi makan nasi dan telur je tapi dia sendiri kedarah nasi mamak apa bagai, pun Hikari potong je. Lebih baik Hikari hidup bujang, bekerja, sara diri sendiri daripada bergantung harap kepada suami kejam macam tu. Mak Hikari pun dari dulu sampai sekarang, kami makan apa yang ada sama-sama. Tak de nak buat perangai kasta-kasta. Hari makan dedak, sama-sama makan dedak. Hari makan ala kayangan, sama-sama makan ala kayangan. Nak buat perangai kasta, pergi India, jangan menyemak kat Malaysia. Terima kasih. Tapi yang perangai main kasta-kasta ni bukan perangai buruk abah Hikari la. Alhamdulillah. Cumanya Hikari tambah sini sebab berkaitan dan teringat pasal para lelaki di media sosial yang sembang kencang kata cukup suami beri nafkah kepada bini dengan setakat bagi makan nasi je dan beli baju dua salinan setahun.
Seterusnya...
Siapa yang banyak buat kerja rumah?
Mak.
Abah buat apa? Buat masalah.
Balik rumah kalau nak berehat, atau nak minta duit, atau nak menggatal je. Ini salah satu sebab utama kenapa mak ceraikan abah. Ada suami pun macam tak ada suami, baik tak ada suami terus. Mak pernah cerita, ada sekali tu dia demam. Abah kata, kesian... Tapi tak lama lepas tu dia tanya mak masak apa. Abah bukannya sibuk ke apa waktu tu, cuma dia tak biasa jaga orang. Nasib baik Hikari tak tahu atau kecil lagi masa benda tu berlaku. Kalau tak, memang dah kena berdas-das dah tu abah kena sapu.
Sebab tu lelaki yang malas buat kerja rumah atau yang berat tulang, automatik Hikari senarai hitamkan. Rumah kalau nak kongsi sama-sama, tak de nye Hikari nak kongsi dengan kawan serumah yang pemalas dan tak boleh diharap.
Oh, tapi kalau kawan tu kaya dan mampu upah pembantu rumah untuk buat kerja rumah atau penjaga pesakit bagi pihak, itu tak ada masalah. Hehe.
Yang penting, kerja rumah tak de la Hikari tanggung seorang diri. Dan, kalau Hikari sakit, Hikari masih boleh berehat untuk pulihkan diri. Hikari tak nak jadi macam mak yang waktu sakit pun masih kena masak buat kerja apa bagai sebab ada suami pun, suami tak guna. Harap badan je yang sihat dan sasa tapi nak jaga bini sakit, tiba-tiba OKU terencat akal.
Bagi Hikari, lelaki yang tiba-tiba OKU ni apabila nak kena buat kerja rumah atau nak kena jaga anak terutama semasa bini sakit atau tak sempat buat, ialah lelaki yang Hikari tak lihat sebagai lelaki tetapi BUDAK LELAKI terlebih umur. Tak layak berkahwin, tak layak dijadikan suami.
Hikari nak kahwin dengan lelaki untuk dijadikan suami, bukannya untuk dijadikan anak lelaki yang selamanya berumur 2 tahun!
Akhir sekali...
Siapa yang selalu ada di rumah?
Ibu.
Sebelum umur 40, abah, tentera laut, jadi selalu belayar. Selepas umur 40, dia sibuk di rumah bini kedua atau lain-lain bini. Masa bila dia luangkan masa dia dengan anak-anak sedia ada daripada bukan bini semasa? Kosong. Yilek.
Sebab tu daripada kecil Hikari tak hairan langsung abah ada ke, tak de. Sebab dia wujud ke tak wujud, sama je macam tak wujud.
Sebab tu Hikari tak hairan baca cerita lelaki-lelaki tua banyak anak tapi seorang anak pun tak peduli ke dia, cuma berat ke mak je. Sebab ni la. Dari kecil sampai besar kau tak membawa apa-apa makna dalam kehidupan anak-anak kau, tak ada sebab untuk mereka tiba-tiba nak teringat akan kewujudan kau. Anak-anak mungkin tak benci kau tapi mereka juga tak sayangkan kau. Taraf kau dalam otak mereka, tak mustahil sama je taraf dengan orang yang tak dikenali tepi jalan.
Dipendekkan cerita, kau dapat apa yang kau berikan. Kau tak ada tanam apa-apa di ladang, kau tak ada jaga tanaman kau, macam mana kau nak dapat hasil ladang yang baik, banyak, dan bermutu tinggi? Memang tak dapat la.
Harap para lelaki dan perempuan yang teringin nak berkahwin dan mempunyai anak, tolong la fikir masak-masak dan belajar erti tanggungjawab sebelum nak masuk ke alam perkahwinan.
Oh, ya...
Nanti ada yang kata mak Hikari buruk-burukkan abah Hikari sepanjang perkahwinan. Padahal, tak de langsung mak berkata buruk pasal abah sampai Hikari sendiri dah dewasa dan bertanya.
Jadi kenapa Hikari tetap tak suka abah Hikari dan sejak kecil, berharap mak ceraikan abah?
Sebab Hikari TAK BUTA dan TAK TERENCAT AKAL.
Hikari nampak sendiri yang abah Hikari tak de fungsi kepada mak Hikari dan anak-anak dia.
Tapi itu tak bermakna Hikari benci abah Hikari atau abah Hikari tu tiada kebaikan dia. Ada mesti la ada sebab dia pun manusia tapi tak cukup untuk digelar seorang suami atau ayah yang baik. Itu je.
Oh. Baru teringat...
Ada dua komen di siaran FB tu yang menarik perhatian Hikari.
Komen Mahkluk Allah SWT 1:
Saidatina fatimah pon pernah mengadu penat dekat nabi... Ada nabi suruh cerai??? Suruh lawan suami...?? Nabi ajar doa.. Normal la penat tu.. Tu semua bukti anda di hadapan Allah nanti.
Ingat geng2 kepamis makeup tebal, lepas tu makan sekali dengan laki lain kat ofis tu paling terbaik ke... Dengan aurat x jaga...tetek biar terbonjol bagi semua orang tengok..
Haihhh
Ek, eleh, orang ni... Penat memang la penat tapi tengok la jenis suami macam mana. Suami Saidatina Fatimah tu suami yang macam mana? Saidina Ali bin Abi Talib kot. Dua-dua suami isteri tu sama-sama sibuk dan sama-sama penat. Tak ada hal la macam tu.
Yang suami moden yang kita cerita sekarang ni suami yang jenis macam mana pula? Ni spesis suami nak dilayan macam raja tapi layan bini dia bukan macam permaisuri tapi hamba. Lain. Sangat lain. Tak layak nak dibandingkan dengan suami Saidatina Fatimah la.
Seterusnya...
Komen Makhluk Allah SWT 2:
tak de raja tak wujud la permaisuri... kau nak jadi permaisuri kena la kau rajakan dulu suami kau tu dulu...!!!
Suami ialah pemimpin keluarga. Pemimpin keluarga siap bertanggungjawab untuk pimpin isteri dan anak ke arah kebaikan kot. Macam mana kau pimpin kalau orang lain kena pimpin kau dulu? Siapa suami, siapa isteri ni?
Nanti di Akhirat, kau ditanya pasal orang yang kau pimpin, kau nak jawab apa? Isteri saya tak pimpin saya, jadi saya tak pimpin la dia. Dengar tak betapa bodoh bunyinya di situ?
Tu tak masuk lagi bab tak pernah lagi la ada Raja tunggu orang jadikan dia Raja dulu baru dia jadi Raja dan cari Permaisuri.
Pendek akal betul yang bagi komen ni.
Apa pun, sekian bebelan hari ni.
Pautan Berkaitan:
[1] PERKAHWINAN ATAU IBADAH HAJI? https://www.muftiwp.gov.my/ms/?id=712%3Airsyad-al-&option=com_content&view=article
[2] ADAKAH WAJIB BAGI SUAMI MEMBERI NAFKAH KEPADA ISTERI YANG TIDAK MEMBERI NAFKAH BATIN https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3681-al-kafi-1366-adakah-wajib-bagi-suami-memberi-nafkah-kepada-isteri-yang-tidak-memberi-nafkah-batin
[3] The best of you is the best to his wives https://sunnah.com/tirmidhi%3A3895
[4] SUAMI MENANGGUNG DOSA ISTERI https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/2362-irsyad-al-fatwa-siri-ke-220-suami-menanggung-dosa-isteri
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.