Wednesday, January 15, 2020

Cadangan Mewajibkan Belajar Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil Supaya Adil Adalah Kurang Bernas

Selalu juga nampak cadangan "mewajibkan belajar Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil" supaya "adil". Malas nak cakap banyak sebab dah banyak yang balas balik beritahu kenapa tu satu cadangan yang tak bernas. Tapi kali ni kena tulis juga sebab sampai sekarang tak nampak lagi yang sebut tentang ni.

Taraf Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) Jauh Lebih Tinggi Daripada Bahasa Lain Terutama Bahasa Asing (Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil)

Cuba bayangkan negara German. Kau orang Cina dari China (PRC) nak pindah ke sana, nak jadi rakyat sana. Sebelum taraf kerakyatan German diberikan, pastilah ada banyak syarat kau kena patuhi sebelum mendapat kelulusan. Salah satu syarat dia ialah kau kena fasih bahasa German.

Masalah sekarang bahasa ibunda kau ialah bahasa Cina (tak kisah la Hokkien ke, Kantonis ke, janji bahasa Cina) dan kau tak fasih bahasa German.

Kau rasa masuk akal tak, kau nak ugut kerajaan German dan orang German untuk belajar bahasa kau (bahasa Cina) baru kau nak usaha fasihkan diri dengan bahasa German?

Padahal kau orang luar kot. Bukan asal situ kot. Tapi nak buat perangai tak tahu malu dan sombong tak bertempat. Masuk akal tak?

Masuk akal tak kau nak samakan taraf bahasa kebangsaan (German) dengan bahasa asing (Cina/India)?

Kau serius nak guna alasan "supaya adil" dalam perkara ni? Adil apa nama kalau apa yang diminta tu tak masuk akal dan tak kena tempat?

Suka atau tak suka, taraf bahasa Inggeris, Cina dan India jauh lebih rendah berbanding bahasa asal tempatan. Dan dalam banyak-banyak bahasa asal tempatan, bahasa Melayu mempunyai taraf yang paling tinggi di Malaysia.

Bukan sebab kita pandang rendah kepada bahasa lain, tapi sebab bahasa Melayu ialah bahasa yang telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu sekaligus adalah bahasa perantaraan, bahasa penyatuan semua kaum di Malaysia. Sama macam di German, UK, Jepun, Indonesia, Brunei, tak kisah kaum apa, bangsa apa, sesama rakyat negara yang sama tak ada masalah untuk memahami antara satu sama lain maka lebih mudah untuk bersatu-padu untuk negara. Kenapa? Sebab semua fasih bahasa perantaraan yakni bahasa kebangsaan negara masing-masing.

Kena ingat, punca utama orang ramai susah nak bersatu-padu ialah manusia secara semulajadinya susah nak percaya orang yang dia tak kenal rapat dan berlainan budaya. Tapi nak kenal rapat dan faham budaya masing-masing macam mana kalau nak berkenalan pun susah, masing-masing bercakap macam ayam dan itik? Kau dengan bangsa kau, aku dengan bangsa aku. Sampai bila-bila pun susah nak bersatu-padu macam tu.

Sebab itu hanya bahasa kebangsaan sahaja yang layak untuk diwajibkan. Bahasa lain memang wajar digalakkan TAPI nak diwajibkan, nak dilayan setaraf dengan bahasa kebangsaan? Tak boleh.

Kalau semua orang terlebih masa, terlebih tenaga, terlebih duit, tak ada masalah. Tapi dengan sumber yang terhad, cara yang paling cermat (yang paling murah/jimat namun berkesan/cekap) ialah kerajaan dan rakyat tumpukan kepada satu bahasa sahaja iaitu bahasa perantaraan. Nak belajar lebih, usaha sendiri. Yang penting, semua rakyat ada satu bahasa yang mereka semua fasih dan boleh guna untuk berbicara antara satu sama lain dengan baik.

Tapi kenapa bahasa Melayu yang dipilih?

Sebabnya mudah saja. Bahasa Melayu memang dah secara turun-temurun digunakan sebagai bahasa perantaraan di sini. Jadi kebanyakan rakyat Malaysia terutama dikalangan Bumiputera memang fasih bahasa Melayu. Jadi buat apa nak buang masa pilih bahasa lain?

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.