Friday, January 3, 2020

Adakah dalam Islam perlu untuk mengagihkan juga harta pusaka kepada abang dan kakak si mati walaupun balunya dan 2 anak perempuannya memerlukan duit tersebut?

Soalan di Quora:
Adakah dalam Islam perlu untuk mengagihkan juga harta pusaka kepada adik-beradik lelaki dan perempuan si mati walaupun balunya dan 2 anak perempuannya lebih memerlukan duit tersebut?

Pautan ke Kiriman Asal:
https://muymg.blogspot.com/2020/01/is-it-necessary-in-islam-to-distribute.html

Jawapan NIM (31 Oktober 2019):
Memang itulah sebabnya harta pusaka itu perlu diagihkan sebegitu.

Betul, mungkin balu dan anak perempuan si mati perlu lebih duit untuk jaga diri mereka TAPI adik-beradik lelaki si mati juga bertanggungjawab ke atas mereka. Maksudnya ibu dan anak itu sepatutnya tidak perlu risau kekurangan wang untuk kelangsungan hidup mereka.

Lagipun, adik-beradik perempuan si mati pun mungkin perlu duit juga sebab kebanyakan suri rumah tak ada pekerjaan bergaji jadi mereka pun tak banyak harta. Kena fikir juga pasal mereka.

Macam mana pun, kalau awak adalah adik-beradik lelaki atau perempuan kepada si mati, awak ada pilihan untuk menolak bahagian awak. Awak boleh pilih untuk tidak menerima bahagian awak.

Sayangnya, kita selalu dengar cerita saudara lelaki si mati tak faham tanggungjawab mereka. Lepas terima bahagian masing-masing, terus pergi macam tu je. Jangan kata nak bantu, pergi tengok keadaan si balu dan anak-anak si mati pun tidak.  Sebab tu ramai wanita Islam kini rasa macam undang-undang berkaitan agihan Faraid tu tak adil.

Berbalik kepada soalan awak...

Perlu ke agihkan? Ya, perlu, KALAU si mati tidak meninggalkan apa-apa wasiat, atau perjanjian Hibah, DAN awak tak berjaya meyakinkan waris-waris yang lain (adik-beradik si mati) untuk dermakan bahagian mereka kepada si balu dan anak-anak si mati.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.