Friday, December 27, 2019

Budaya Islam: Kenapa kebanyakan orang Islam Asia Tenggara tak pakai burqa, niqab, atau hijab berbanding orang Islam di negara Arab mahupun Eropah?

Question on Quora:
Budaya Islam: Kenapa kebanyakan orang Islam Asia Tenggara tak pakai burqa, niqab, atau hijab berbanding orang Islam di negara Arab mahupun Eropah?

Pautan asal:
https://muymg.blogspot.com/2019/12/islamic-culture-why-dont-southeast.html

Jawapan NIM (29 April 2015):
Saya tak tahulah macam mana dekat negara lain tapi saya tinggal di Malaysia (salah satu negara di Asia Tenggara) dan saya hampir pasti kebanyakan orang Islam di sini pakai Hijab (tudung). Niqab dan Burqa pula ialah sebahagian daripada budaya Arab tapi bukannya wajib dipakai oleh orang Islam.

Apa yang penting ialah menutup Aurat (bahagian tubuh yang tidak boleh dipamerkan untuk pandangan umum), bukannya jenis pakaian mereka.

Kemungkinan besar itulah sebabnya jauh lebih ramai orang Islam Arab yang pakai Niqab dan Burqa berbanding orang Islam yang lain. Orang Islam di Eropah pula kebanyakannya memang berasal dari Arab atau belajar dari Arab pasal Islam, kan? Jadi tak hairanlah kalau lebih ramai dikalangan mereka yang pakai Niqab dan Burqa berbanding orang Islam di Asia Tenggara.

Betulkan saya jika salah ya.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.