Friday, January 16, 2015

Akhirnya isu pasal tak boleh pakai baju kurung ni dah selesai

Gambar di bawah tak ada kena mengena dengan isu tak boleh pakai baju kurung di sekolah tu tau. Letak sini sebab comel je tengok Wonder Girls pakai baju kurung semasa mengadakan persembahan di Malaysia <3

Sumber maklumat

Kembali ke topik asal, Hikari tak faham. Setiap kali ada isu macam ni, mesti susah nak cari balik artikel yang asal, yang mula-mula sekali tu. Yang ada cuma artikel balas. Siapa ada pautan (link) artikel asal?

Hikari cuba cari di Google, tak nampak pun artikel asal. Dah la tajuk penuh dan tarikh artikel tu diterbitkan pun Hikari tak ingat. Yang Hikari ingat pasal artikel tu cuma 'dilarang pakai baju kurung di sekolah'. Cari punya cari, akhirnya jumpa la sedikit maklumat di http://www.sentiasapanas.com/2015/01/pelajar-sekolah-dilarang-berbaju-kurung.html#axzz3Oy6hYeAn.

Memetik kenyataannya dari portal The Rakyat Post, “Anak saya berpindah ke sekolah ini kerana lokasinya terletak di laluan ke tempat kerja saya.

Tapi bila Hikari cari dalam The Rakyat Post, tak jumpa pun? Ke Hikari yang tak pandai cari? Atau, dia maksudkan yang ini, http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/14/hanya-kerana-berbaju-kurung-anak-dihalang-masuk-kelas/?~_~ Hikari rasa macam artikel asal tu tak ada ulasan Menteri. Ke, Hikari yang tak ingat? Rasa macam menyesal pula tak simpan pautan (link) ke artikel asal tu. Kalau ada, kongsi, eh... Terima kasih...

Hikari cari artikel tu bukan sebab apa. Hikari cuma nak sahkan semula apa yang Hikari baca. Sekarang ni Hikari tengah ingat-ingat lupa.

Kalau tak silap, isu ni timbul selepas si bapa buat aduan. Anak dia baru pindah ke sekolah tu. Sebelum ni belajar di tempat lain dan memang anak dia pakai baju kurung. Tak pernah jadi isu. Tapi apabila masuk sekolah baru tu, pelajar tu ditegur dan dihalang masuk ke sekolah sebab katanya, melanggar etika pakaian yang ditetapkan sekolah. Hanya pelajar Melayu je dibenarkan memakai baju kurung. Cikgu tu siap suruh bapa pelajar tu belikan baju baru (seragam pinafor) untuk anak dia. Kalau tak cukup duit, sila minta BR1M.

Orang Malaysia yang baca mesti rasa pelik, kan? Sejak bila pelajar bukan Melayu dilarang pakai baju kurung ke sekolah? Lepas tu, tak tahu pula Hikari yang selama ni baju seragam skirt tu ada nama. Pertama kali Hikari dengar perkataan 'baju seragam pinafor' :D Pengetahuan baru ni. Akhir sekali, minta BR1M untuk beli baju baru? Tarikh akhir mohon 31 Januari 2015. Dapatnya lagi la lambat. Habis tu sementara tu pelajar tu tak payah pergi sekolah ke?

Bukan la Hikari nak sokong bulat-bulat bapa pelajar tu. Pihak sekolah belum jawab lagi waktu tu. Tapi kalau betul la polisi sekolah atau kementerian macam tu... :(

Sebelum pihak sekolah sempat jawab, Menteri dah jawab untuk bahagian dia. Katanya polisi kementerian memang tak melarang pelajar bukan Melayu untuk pakai baju kurung. Ok, dah terjawab satu perkara. Maksudnya sekarang ni tunggu sekolah jawab je.

Lagi sekali, sebelum sempat pihak sekolah jawab, dah ada yang datang membela. Cikgu disiplin tu kata...

Sebelum komen fikir dulu, cikgu bukan bodoh nak halau budak tu. Kebanyakan budak non-Muslim pakai baju kurung tak pakai singlet so nampak lah baju dalam mereka.

Tak pakai tudung kan. Sangat menjolok mata. I cikgu disiplin so I taulah trend pelajar. Baju kurung + tudung memang sopan. Tanpa tudung sangat jarang!

Ramai yang marah tadi terus tiba-tiba terdiam. Kata mereka, betul juga. Tapi pada Hikari, komen ni tak sesuai untuk disokong pada waktu tersebut. Maksud Hikari, apa yang dia komen tu tak salah. Memang betul. Tapi sebab tu la waktu Hikari belajar dulu pun, tak kisah la pakai baju apa pun, memang cikgu akan periksa. Tak pakai baju dalam ke, tak pakai singlet ke, tudung singkat sangat ke, skirt pendek sangat ke, semua tu cikgu periksa untuk mengelakkan situasi yang menjolok mata tu. Tapi tak ada la sampai nak buat polisi larang terus pemakaian baju kurung. Apa yang orang marah sekarang ialah pasal polisi tu. Komen ni tak menjawab kenapa polisi macam ni boleh dikuatkuasakan padahal dah jadi kebiasaan untuk orang Malaysia tanpa mengira agama untuk pakai baju kurung.

Akhirnya, pihak sekolah tu pun jawab (http://www.sinarharian.com.my/semasa/baju-kurung-pelajar-salah-tafsir-arahan-sekolah-1.350899). Ha, rupa-rupanya polisi macam tu tak wujud pun. Cuma salah faham. Cikgu tegur pasal cara pakai baju kurung tu tak senonoh tapi pelajar dan bapa pelajar tu faham lain. Apa pun kes ni kira dah selesai. Alhamdulillah :)

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.