Friday, November 14, 2014

Kepada anak muda yang merasakan mereka tiada masa depan...

Kemaskini 07 Januari 2015:

Untuk makluman, saya pun baru tahu yang iklan di bawah telah tamat tempohnya pada bulan Disember 2014. Tapi kalau masih ada yang berminat, sila hubungi Encik Ridwan dari GAMB Wilayah Selatan di talian 011-25513700 melalui panggilan telefon, SMS atau Whatsapp.

Cuma nanti tempat belajarnya bukan di Kolej Kemahiran Antarabangsa Malvern lagi la. Dia akan hantar ke kolej-kolej yang sesuai dengan kursus yang dikehendaki. Bila tarikh tamat permohonan kepada Encik Ridwan ni? Entah, cuba tanya terus dengan Encik Ridwan ye. Semoga berjaya!



Gabungan Anak Muda Melayu Bersatu (GAMB) sedang mencari anak-anak muda yang dibuang sekolah, tidak tamat sekolah menengah, anak-anak asnaf atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mengikuti kursus kemahiran yang kami sediakan.

Kursus Yang Ditawarkan:
  1. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
  2. Eksekutif Sistem Komputer (IT-020-2/3/4)
  3. Eksekutif Sistem Maklumat (IT-080-2/3 & D-060-4)
  4. Pengurus Multimedia Kreatif (IT-050-2 & IT-060-3 & D-120-4)
Diploma akan dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Tempoh Kursus: 3 Tahun

Syarat Kemasukan:
  1. Berumur dalam lingkungan 15 hingga 35 tahun
  2. Boleh membaca dan menulis

Kelebihan:
  1. SEBAHAGIAN YURAN PENDAFTARAN AKAN DITAJA OLEH GAMB
  2. Pinjaman Latihan Kemahiran disediakan untuk generasi belia melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia.
  3. Elaun Sara Diri RM400 disediakan kepada setiap pelajar yang mengikuti kursus tersebut.
  4. Asrama disediakan sepanjang tempoh kursus
  5. Pelajar yang tamat kursus akan ditempatkan bekerja dengan syarikat yang bekerjasama dengan pusat bertauliah.

Berminat?

Kemasukan pada bulan November 2014, Disember 2014 dan Januari 2015

Cara Memohon:

Format SMS/WhatsApp:
GAMB<>Nama<>Alamat<>No Kp<>No Hp<>Email<>Pilihan Kursus<>

Hantar kepada no. telefon bimbit seperti yang tertera di bawah mengikut kedudukan wilayah anda.

Maklumat Lanjut?

GAMB WILAYAH UTARA
En. Hafizan (018-4056030)
En. Azeman (017-9139657)

GAMB WILAYAH SELATAN
En.Ridwan (011-25513700)

GAMB WILAYAH TENGAH
Dhiya (012-6619660)
Raihan (019-3720528)

Tempat Belajar:

Kolej Kemahiran Antarabangsa Malvern
Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Sumber Maklumat:

https://www.facebook.com/PersatuanProgerak/posts/859605464070068




Catatan Hikari:

Untuk makluman, Hikari cuma tolong warwarkan iklan ni di sini sebab nampak menarik. Hikari bukanlah ejen atau kakitangan GAMB atau kakitangan kolej tersebut. Hikari pun tak tahu maklumat selain yang dimaklumkan dalam iklan di atas. Tapi sebab ada yang dah bertanya, Hikari pun cuba la cari serba sedikit maklumat tambahan berkenaan iklan ini.

Maklumat Tambahan Yang Hikari Sendiri Cari dan Jumpa:

1. Macam mana mohon? Kena hantar mesej SMS atau Whatsapp kepada mana-mana no.  telefon bimbit yang telah disenaraikan di atas (bahagian Maklumat Lanjut).

Sumber maklumat? Iklan di atas.

2. Contoh mesej SMS/Whatsapp untuk yang berminat untuk memohon:

GAMB<>Hikari<>Rumahku Sayang, Negeri Tumpangan, Malaysia Boleh<>123456121234<>emelku@rahsiala.com<>Eksekutif Sistem Maklumat

Sumber maklumat? En. Ridwan dari GAMB Wilayah Selatan.

3. Tempat belajar? Kolej Kemahiran Antarabangsa Malvern tapi namanya kini sebenarnya dah berubah jadi Akademi Antarabangsa Malvern.

Sumber maklumat? En. Ridwan dari GAMB Wilayah Selatan dan http://www.mqa.gov.my/mqr/akrbyiptskolej.cfm.

4. Laman sesawang (website) rasmi Akademi Antarabangsa Malvern? http://www.malverninternational.edu.my/

Sumber maklumat? Pak Google

5. Nanti kerja dengan siapa? Dengan syarikat yang bekerjasama dengan Akademi Antarabangsa Malvern.

Sumber maklumat? Iklan di atas.

6. Apa nama syarikat tu? Er, tak jumpa lagi jawapannya. Lupa nak tanya En. Ridwan. Cari di laman sesawang rasmi akademi tu (http://www.malverninternational.edu.my/partnerships/industry-affiliates/), maklumat tu belum dikemaskini.

8 comments:

  1. Hi.

    Macam mana nak apply? Nanti kerja/blaja Kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi :)

      Hikari dah kemaskini artikel ni. Maklumat tu boleh semak di bahagian Catatan Hikari (bawah sekali).

      Delete
    2. Mcm mne nak tahu kita diterima atau tidak

      Delete
    3. Masa hantar permohonan melalui SMS atau Whatsapp tu, hantar kepada siapa? Cuba hubungi orang tu semula.

      Delete
  2. dah sms @ whatsapp kenapa tak ada feedback? macamana yer,,,,,,???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab dah tamat tempoh permohonan kot. Saya pun baru tahu tadi yang iklan ni dah tamat tempoh pada Disember 2014. Tapi kalau masih ada yang berminat, boleh cuba hubungi Encik Ridwan dari GAMB Wilayah Selatan di talian 011-25513700 melalui panggilan telefon, SMS atau Whatsapp. Cuma nanti tempat belajarnya bukan di Kolej Kemahiran Antarabangsa Malvern lagi la. Dia akan hantar ke kolej-kolej yang sesuai dengan kursus yang dikehendaki. Apa-apa pun nak tahu lebih lanjut, sila berhubung terus dengan Encik Ridwan. Semoga berjaya :)

      Delete
  3. aslmkm..nak tanye..Diploma Kemahiran Malaysia itu meliputi bidang apa ya?
    Ada seni kulinary tak?
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Hikari tak pasti la. Cuba tanya wakil-wakil GAMB. No. telefon mereka ada di atas :)

      Delete

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.