Tuesday, October 14, 2014

Kenapa salahkan Syam Iz semata-mata? Restoran Al-Ehsan pun salah juga!

Baru-baru ni kecoh apabila Syam Iz kongsi maklumat berkenaan Restoran Al-Ehsan konon menggunakan babi sebagai bahan masakan. Sekarang ni Restoran Al-Ehsan dah balas balik menafikan dakwaan tersebut. Lepas tu ramai yang komen terlajak suci di Facebook mengutuk Syam Iz lebih-lebih. Nasib baik masih ada yang waras.

P/S: Kalau ada komen-komen anda di sini, tak payah terasa. Saya dah buang nama anda. Cuma jadikan pengajaran ye lain kali sebelum nak berlagak macam malaikat tapi mulut !@#$%%.

Contoh komen negatif:

  1. Yang tak ada ilmu 'culinary' (masakan) tu better (lebih baik) diam.. 'bacon' tu banyak maksud.. tak semestinye 'bacon' je babi.
  2. Pemahaman kepada apa itu 'BACON'. Kekeliruan inilah yang perlu dirungkaikan. 'Bacon' adalah daging yg dikisar dan disalai. Seperti juga 'Smoke Sausage'. 'Bacon' tak semestinya daging babi.... orang yang buat report (aduan) ni sebenarnya mempunyai tahap pengetahuan yang rendah. Tak pernah masuk hotel 5 bintang dan tak pernah ambil tahu perkembangan dunia....
  3. Bapak bangang la 'beef bacon' pun tak boleh nak fikir logik ke ada babi ke tidak. 'Bacon' tu memang originally (asalnya) made (dibuat) from (daripada) pig (babi) tapi kalau dah letak 'beef' (daging lembu) di depan dia takkan la ada babi. 'For your information' (untuk makluman anda) 'it's bacon style' (ini daging gaya 'bacon'), hiris nipis-nipis dan dibungkus macam tu. Lagi satu, aku rasa mamak-mamak 'impossible' (mustahil) la nak kasi orang makan babi, entah-entah lagi kuat agama dari 'keyboard warriors' (wira papan kekunci) yang sebenarnya Google je lebih tapi sel otak tak berhubung.
  4. Pergi la sekali sekala tengok negara orang... jangan duduk dalam tempayan sendiri.... dekat negara yang berstatus Islam ada 'turkey bacon' (hirisan ayam belanda)!!!! Pergi la viral kan (hebahkan) pula!!!!!! Inilah dia bila orang tak pernah campur dengan orang luar... asyik dengar cakap orang lepas tu ikut... dan tahu hujung pangkal.. terus je nak 'aim' (tembak)!!!!!!! Biskut la mamat tu!!!!!!
  5. Itu la masa sekolah malas. 'Bacon' pun tak tahu maksud!!!


Contoh komen yang rasional:

  1. 'Bacon in its original meaning' (Bacon dalam makna asal) memanglah babi. Begitu juga 'ham'. Kalau dalam menu hotel dia letak 'bacon' saja (bukan 'beef bacon') atau 'ham' (bukan 'turkey ham') jadi, itu memanglah babi jawabnya. Dalam kes 'shopping list' (senarai barang yang nak dibeli) ni pulak, pekerja yang buat 'list' (senarai) tu mestilah dah tau apa 'bacon' yang diguna di kedainya, 'so' (jadi) tak perlu nak tulis '"beef" bacon'. tapi malangnya pula yang pergi beli jenis tak faham dan tak tau... itu lah masalah nya, betul juga kut2 dia terambik/beli 'bacon original' (hirisan daging babi). orang yang 'post' (kongsi maklumat) pasal ni ambil berat sebenarnya tapi sebaik2nya lain kali siasat betul2 dulu...
  2. Pekerja dia tukang beli je. Kalau dia tunjuk orang kedai "BACON" risau orang kedai bagi 'BACON'.. Bukan 'BEEF BACON'. Dah dia sendiri tulis 'BACON' sahaja. Jangan salahkan Syam Iz. Kecuaian macam ni boleh mengundang salah faham.. dan kesilapan dalam pembelian. Kalau Syam Iz tak tegur.. sampai bila-bila 'note' (catatan) tu akan tulis 'BACON' sahaja. Silap-silap boleh termakan lah kita 'BACON'.. BUKAN 'BEEF BACON'
  3. Penulis tadi cuma ambil berat. Kalau pekerja India tu pergi di pasar cina. Bagi kat 'tauke' (pemilik) / pekerja Cina pasar tu 'list' (senarai) tu. Pasti dia akan ambil 'bacon' babi. Tak ada pun jual 'beef bacon' di sana. 'Beef bacon' (hirisan daging lembu) ni bukan semua kedai ada. Kalau di Giant tu ada la. Keluaran bumiputeta pun ada. Contoh Ramly. Ada yang dah dihiris nipis-nipis. Atau yang sebuku. (Bacon: daging yang disalai dengan api yang perlahan/asap. Dengan masa yang agak lama)
  4. Tak perlu 'condemn' (mengutuk) orang yang 'post' (kongsi) pasal 'bacon' tu.. Bukan dia sengaja nak burukkan Restoran Al-Ehsan.. Dia prihatin.. Dia tak nak Orang Islam terperdaya jika betul guna 'bacon'.. pemilik FB buat macam tu untuk kita berhati-hati.. kalau orang lain pun baca perkataan "BACON".. mesti akan fikir oink oink.. 'that's why' (sebab itulah) kena tulis betul2.. 'BEEF BACON'..
  5. Lain kali tulis le 'beef bacon' (hirisan daging lembu salai) ...al-maklumlah, kalau 'bacon' (hirisan daging babi salai) je menjurus kepada 'bacon' babi..sebab orang putih tak sebut 'pork bacon'

Dari satu segi memang betullah Syam Iz dah tersilap tuduh Restoran Al-Ehsan tu. Tapi yang komen terlajak suci tu apahal pula? Tuduh orang cetek pengetahuan la, busuk hati la, saja memfitnah la, macam-macam tapi apabila saya baca komen mereka, jelas mereka sebenarnya 2x5 je, tengok sekali lalu terus tembak. Lagi teruk berbanding Syam Iz sebab sekurang-kurangnya dia memang ada bukti untuk menyokong tuduhan dia walaupun ini kes salah faham sahaja. Tapi orang yang mengutuk lebih-lebih tu? Mengutuk je pandai, baca malas!

Kalau baca artikel asal tu, dalam catatan yang pekerja tu pegang, memang terang-terang ditulis di situ, BACON, bukan BEEF BACON ya. Syam Iz pun dah beritahu dalam artikel asal tu yang dia tahu 'bacon' ni tak semestinya babi. Tapi ada 2 isu di sini...

  1. Kalau bos tu terang kepada pekerja dia 'bacon' jenis apa kena beli tak apalah juga, tapi dalam kes ni pekerja tu tak tahu 'bacon' tu apa, siap main tunjuk-tunjuk je kepada penjual. Kalau la pekerja tu tak pergi beli kat pengadu ni, beli kat kedai orang yang belum masuk Islam, agak-agak 'bacon' jenis apa yang dia dapat tambah-tambah lagi kalau kat situ ada 'bacon' yang dibuat daripada babi je?
  2. Bila Syam Iz tanya balik daging apa yang digunakan di restoran tu untuk kepastian (masih bersangka baik waktu tu), pekerja tu jawab TAK TAHU O_o Mak ai... kalau orang bagi babi suruh pekerja tu masak mesti dia masak tanpa rasa bersalah sebab dia tak tahu tu daging babi dan tak minat nak ambil tahu pun. Teruk betul.

Tapi masih ada yang cuba mempertahankan pekerja tu semata-mata kerana dia ada sebut daging tu digunakan untuk 'Chicken Chop'. Beb... kalau daging ayam pun dia tak kenal, kau pasti ke dia guna daging ayam untuk masak 'Chicken Chop' tu? Kalau bagi arahan kepada orang lurus bendul macam ni, kau suruh dia jalan lurus, dia akan jalan lurus sampai nampak longkang pun dia teruskan berjalan sehingga terjatuh ke dalam longkang.

Mungkin betul bos tu sebenarnya nak suruh dia beli 'beef/chicken bacon' tapi bos tu cuai tulis 'bacon' je ingatkan pekerja tu tahu 'bacon' jenis apa yang dia maksudkan. Cuba kalau dia tersilap beli hirisan daging salai babi, sampai restoran terus masak bos tak sempat semak? Apa kau nak kata? Nak tak nak kau kena mengakui yang pekerja dan pengusaha restoran tersebut pun salah juga sebab cuai sehingga menimbulkan keraguan kepada orang ramai. TITIK.

Saya rasa ramai yang dah maklum kot yang banyak orang India buka restoran makan menipu berlakon sebagai mamak Muslim semata-mata nak kaut keuntungan. Kemudian sekarang ni dah ramai orang Islam yang semakin liberal sehingga sebelum ni pernah kecoh orang Melayu Islam dengan selambanya tanpa rasa bersalah makan bihun sup babi (kalau tak silap). Jadi bila berada dalam situasi macam Syam Iz ni, agak-agak apa yang kau akan rasa? Mesti was-was yang teramat juga, kan? Sebab tu la bab mengata orang lain ni memang senang beb, tapi cuba kalau kau sendiri mengalaminya, silap-silap 2x5 je macam Syam Iz buat kongsi di Facebook atau lebih teruk.

Tapi jangan salah faham, Hikari cuma tak setuju dengan perbuatan orang-orang yang perasan suci tu. Hikari tak kata pun yang Hikari setuju atau sokong 100% tindakan Syam Iz. Malah Hikari sebenarnya rasa serba-salah sama ada nak sokong atau tidak walaupun secara umumnya Hikari amat menghargai usaha Syam Iz. Bukan sebab apa, Hikari sendiri pun tak pasti tindakan yang sepatutnya diambil dalam situasi macam ni.

Katakan korang berada di tempat Syam Iz. Korang tanya terus dengan pemilik restoran tu dan pemilik restoran tu kata tidak, mereka tak guna daging babi dalam masakan. Agak-agak, korang percaya tak? Yelah, ada ke orang jahat yang nak mengaku dia buat salah? Yang dah bertaubat tu lain cerita la, ni yang masih jahat ni. Tambah-tambah lagi sekarang ni banyak orang bukan Islam menyamar macam orang Islam dalam industri makanan semata-mata untuk kaut keuntungan. Ikut logik memang la nak bersangka baik tapi dalam hati? Perasaan ragu-ragu yang melampau tu agak-agak boleh hilang tak?

Adakah lebih baik kalau kita buat laporan polis je? Kita tak terus tuduh cuma sebab ada keraguan, kita nak minta pihak polis tolong buatkan siasatan untuk kita. Tapi siasatan polis ambil masa yang lama, kan? Adakah kita tak rasa bersalah tunggu lama-lama sementara orang Islam yang lain termakan makanan haram? Hmm... Tapi memfitnah tu jauh lebih teruk jadi tindakan ini mungkin lebih baik untuk kita :/

Apa-apa pun Hikari dah baca jawapan balas pemilik restoran tu. Mereka kata mereka sediakan makanan yang halal sahaja tapi dalam masa yang sama mereka tak jawab langsung dakwaan Syam Iz. Syam Iz komen pasal perkataan 'bacon' tapi Restoran Al-Ehsan tu jawab pasal perkataan 'pkt' yang merupakan singkatan kepada paket nampak macam 'pig'. Lari topik sebab salah faham je ke atau memang nak mengelirukan orang Islam, Wallahualam.

Tapi apa yang pasti, kes-kes yang meloyakan macam ni menguatkan lagi semangat Hikari untuk berhenti makan luar. Sekarang pun dah jarang makan luar tapi Insyaallah lepas ni nak berhenti terus makan luar. Malas la nak pening-pening kepala risau apa yang dimakan tambah sakit hati apabila kena bayar mahal ~_~

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.