Monday, September 15, 2014

Microsoft Surface RT Startup Problem

Kali ni tajuk dalam Bahasa Inggeris sebab itulah nama ralat yang keluar.

Apabila tablet dihidupkan (switched on), keluar ralat ni, tak boleh nak masuk ke laman hadapan untuk daftar masuk Windows. Dah cuba macam-macam sampai dah tak ingat susunan tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah ni tapi secara umumnya....

Sistem secara automatik kutip data berkaitan dengan ralat ni, matikan dan hidupkan semula tablet (restart), dan cuba baiki masalah ini secara automatik (Automatic Repair). Antara ralat yang keluar semasa kutip data ni ialah BAD_POOL_HEADER. Pak Google cakap, antara punca masalah ini adalah apabila terdapat kesilapan pada 'Update'. Mak ada cakap, semalam dia kemaskini (update) aplikasi Xmarks jadi mungkin ada kaitan la kot. Hasil: Tiada kesan.

Matikan dan hidupkan semula tablet (Restart). Hasil: Tiada kesan. 

Teruskan sahaja (Continue - Exit and continue to Windows RT 8.1). Hasil: Tiada kesan.

Pilih untuk guna peranti (Use a device) cakera keras (hard drive). Hasil: Tiada kesan.

Pilihan untuk guna peranti pemacu USB (USB Drive) tidak dapat diambil sebab nak buat macam tu kena ada peranti pemacu USB yang bersaiz sekurang-kurangnya 8GB, kena muat turun fail imej pemulihan (Recovery Image), kena set peranti USB tu supaya jadi peranti pemulihan (Recovery Drive). Saya tak ada peranti USB saiz 8GB jadi tak boleh buatlah. Ingat hari ni baru nak beli la kalau dah guna cara lain masih tak berjaya. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca sendiri di sini https://www.microsoft.com/surface/en-my/support/warranty-service-and-recovery/downloadablerecoveryimage?productId=100110817

Pilihan untuk baik pulih (troubleshoot) dengan cara muat semula tablet (Refresh your PC) memerlukan kekunci pemulihan Bitlocker (Bitlocker recovery keys). Pengguna boleh daftar masuk (login) dan semak nombor siri tu di http://windows.microsoft.com/recoverykey di komputer lain. Nama pengguna (Username) dan kata laluan (password) untuk daftar masuk ke laman sesawang tersebut adalah sama seperti yang digunakan untuk daftar masuk ke tablet ini. Apabila nombor siri ini sudah dimasukkan, klik Teruskan (Continue) kemudian pilih Nama Pengguna dan masukkan kata laluan. Hasil: Tiada kesan.

Selesaikan masalah-masalah biasa yang mungkin menghalang Windows daripada dimulakan (Startup Repair - Fix problems that keep Windows from loading). Hasil: Tiada kesan.

Pilih untuk matikan dan hidupkan semula tablet supaya memaparkan video dengan resolusi rendah, anti-perisian perosak dimatikan dan lain-lain (Startup Settings). Hasil: Tiada kesan.

Nak set semula tablet (Reset your PC) tapi nanti semula fail hilang jadi sebelum buat, saya buat salinan pendua terlebih dahulu. Tapi bila dah buat... Hasil: BERJAYA! :)

Untuk buat salinan pendua...

  1. Pergi ke pilihan Troubleshoot, Advanced options dan pilih Command Prompt. 
  2. Taip wmic logicaldisk get caption dan tekan Enter untuk semak dulu senarai pemacu (drive) dan bahagian pemacu (partition) yang ada. Data dalam tablet ini selalunya disimpan dalam bahagian C (C partition). 
  3. Sambungkan pemacu USB (USB drive/pendrive) atau cakera keras mudah alih (Portable Hard Disk) ke tablet. 
  4. Taip wmic logicaldisk get caption dan tekan Enter. Tengok ada tak huruf baru yang keluar. Kalau tiada, tunggu sekejap, kemudian cuba lagi. Kalau ada, itulah huruf untuk pemacu USB atau cakera keras mudah alih anda.
  5. Taip robocopy /e /copyall /r:1 alamat_penuh_folder_yang_hendak_diselamatkan alamat_penuh_lokasi_untuk_salin_maklumat_tadi dan tekan Enter. Contoh skrip penuh: robocopy /e /copyall /r:1 c:\users\hikari\pictures d:\backup. /e tu supaya semua folder termasuk yang kosong pun disalin ke tempat baru. /copyall tu supaya semua fail dalam folder dan subfolder disalin ke tempat baru. /r:1 tu supaya kalau ada masalah untuk salin mana-mana fail atau folder, sistem akan cuba satu (1) kali sahaja. Kalau masih tak berjaya, sistem akan abaikan fail atau folder tersebut dan teruskan dengan yang lain. Maklumat lanjut berkenaan arahan robocopy ni boleh dirujuk di sini http://www.computerhope.com/robocopy.htm

Nota tambahan:
Lain-lain skrip yang mungkin berguna semasa membuat salinan pendua...

  • Untuk pergi ke mana-mana bahagian pemacu, taip je huruf dan titik bertindih. Contoh: c: atau d: atau x:
  • Untuk pergi ke mana-mana folder (cd). Panduan penuh boleh diperolehi di sini http://coweb.cc.gatech.edu/ice-gt/339. Tapi katakan anda nak pergi ke j:\users\hikari, anda kena pastikan anda dah berada dalam bahagian pemacu j.
  • Untuk buat folder baru, pergi ke lokasi yang dikehendaki, contohnya k:\backup\pictures, kemudian taip md nama_folder_baru dan tekan Enter. Hasilnya k:\backup\pictures\nama_folder_baru.
  • Untuk padam folder serta kandungannya (rd). Panduan boleh diperolehi di sini http://www.sevenforums.com/tutorials/55721-folder-delete-command-prompt.html
  • Untuk baca fail log ralat, taip type nama_fail.txt | more dan tekan Enter. Kalau fail tu panjang sangat, tekan je Enter untuk baca halaman yang seterusnya. Kalau tak taip | more tu, kalau fail tu panjang, anda hanya dapat melihat teks barisan yang terawal atau terakhir sahaja. Contohnya, saya suka makan ikan, anda mungkin akan nampak saya atau ikan sahaja.
  • Untuk batalkan arahan, tekan butang Ctrl dan butang huruf C serentak. Kebanyakan arahan boleh dibatalkan dengan cara ini.

Alhamdulillah :)

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.