Tuesday, August 26, 2014

Pertama Kali Makan Buah Jentik

Ahad lepas ternampak buah yang rupanya macam buah Mata Kucing tapi kecil. Mak saja pergi tanya penjual, penjual tu kata tu buah Jentik. Mak pun, "Oooo". Saya ingatkan mak dengan penjual tu tengah melawak. Lepas tu mak tanya saya, nak beli? Nanti kalau nak makan, kena jentik buah ni. Saya masih ingat mak sedang melawak. Sebab saya tak pernah rasa, kami beli 1 ikat. RM3 harganya.

Apabila tiba waktu makan, barulah tahu rupanya memang betul buah ni apabila dijentik memang akan terbuka. Saya tak berapa pandai menjentik jadi kebanyakan masanya saya cuma picit buah tu macam picit buah manggis tapi picit dengan perlahan la atau tarik je ke bawah perlahan-lahan. Kulitnya agak tebal tapi dengan senang akan terbuka.

Kalau sekali tengok isi buah Jentik, ingatkan macam kismis, tak ada biji. Rupanya kebanyakan buah ni ada biji besar di dalam. Apabila digigit atau dihisap dengan kuat, kulit nipis isi buah ni akan terkoyak dengan mudah dan jus di dalam akan tertumpah keluar. Rasa macam tengah minum jus limau manis-manis masam yang sedap, tak rasa macam tengah makan buah langsung. Lepas makan banyak buah Jentik, mulut rasa kesat sikit. Apa pun saya masih suka makan buah ni. Laju je saya habiskan :D

Mak tak suka buah ni. Renyah katanya. Makan pun tak kenyang. Tapi biji buah, mak ambil untuk jadikan benih sebab mak suka menanam. Harap-harap lepas ni boleh makan buah Jentik hasil tanaman mak pula. Amin :)

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.