Friday, August 29, 2014

Cadangan dan Bantahan Berkenaan Hidangan Arak dan Tatacara Pemakaian MAS

Kini hangat dengan gesaan daripada pelbagai pihak agar MAS memberi kelonggaran kepada para pekerjanya yang beragama Islam untuk menutup aurat dan menghentikan hidangan arak. Komen-komen dan pandangan yang saya baca di Facebook setakat ni boleh dibahagikan kepada dua iaitu pihak yang menyokong dan pihak yang membangkang.

Yang menyokong tak semestinya penyokong UMNO atau BN, dan yang membangkang tak semestinya penyokong PAS atau PR. Jadi kepada yang suka menangguk di air keruh tu, hentikanlah perbuatan buruk anda tak habis-habis nak salahkan UMNO seolah-olah terlupa yang dalam PR tu pun ramai orang Islam.

Ramai orang Islam yang membangkang, memandang sinis terhadap gesaan tersebut kerana ramai orang Islam yang setuju dengan gesaan tersebut menuduh pesawat MAS dah 2 kali ditimpa bala besar akibat melanggar ajaran Islam. Pemikiran ini tak masuk akal. Yelah, banyak syarikat penerbangan lain pun sama malah lagi teruk dalam bab tu tapi kenapa masih ok je? Lagipun sejak bila kita ni ikut amalan orang Kristian, percaya orang lain yang bersalah (manusia/MAS), orang lain yang kena hukum (Nabi Isa SAW/penumpang MAS)?

Orang Islam yang menyokong pula ada tiga jenis, setakat yang saya nampak la. Jenis yang pertama tu memang tak dapat dinafikan ialah spesis yang sesuka hati menilai amalan orang lain seolah-oleh mereka tu Tuhan boleh nampak apa yang tersurat dan apa yang tersirat. Jenis yang kedua, entah, saya pun tak faham tapi yang pasti mereka bukan jenis yang pertama. Dan akhir sekali, jenis yang ketiga (saya) setuju dengan pendapat orang Islam yang membangkang tadi tu tapi dalam masa yang sama berfikir....

Dah alang-alang MAS kena buat perubahan besar untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi... apa salahnya kalau MAS menggunakan peluang ini untuk kembali ke ajaran Islam? Bukan ke MAS membawa imej Malaysia? Dan bukankah Malaysia ialah sebuah negara Islam? Mungkin ada sesetengah yang tak suka kalau hidangan arak dihentikan, tapi banyak lagi minuman sedap lain yang boleh dihidangkan. Dari segi pakaian pula, tak perlu la sampai mewajibkan semua pekerja MAS tanpa mengira agama untuk menutup aurat tapi sekurang-kurangnya berilah kelonggaran kepada pekerja (termasuk pramugari) yang berminat untuk menutup aurat untuk menutup aurat.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.