Sumber:
https://www.facebook.com/ILOVETUNM/posts/514204585318023
SSTDMM
Ada yang bertanya di post sahabat saya, SS di mana apakah nama seperti Isaac atau Noah sebagai contoh, boleh digunakan dalam Islam?
Jawapannya senang sahaja. Nama dalam Islam bukanlah nama dalam bahasa arab, tetapi nama yang membawa maksud yang baik.
Sebagai contoh, saya pasti ada orang menamakan anak mereka dengan nama seperti Melur, Melati, Srikandi dan sebagainya. Di dalam bahasa arab, anda tidak akan jumpa perkataan-perkataan tersebut. Tetapi dalam bahasa Melayu sudah tentu, perkataan di atasa mempunyai maksud tertentu yang saya pasti maksud yang baik.
Jadi, selagi nama yang mahu diberikan kepada anak anda itu membawa maksud yang baik, tidak tercela tidak kira dalam bahasa apa-apa pun sama ada bahasa Aramaic/Ibrani, Arabic, Melayu, Inggeris dan sebagainya tak ada masalah, selagi maksudnya tidak tercela.
Ambil contoh kalau nama dalam bahasa arab seperti Abdul Khinzir, Hamba Babi dalam bahasa Melayu. Walaupun dalam bahasa arab, tetapi membawa maksud yang buruk maka dilarang dalam Islam.
-HE-
HIKARI
Dah lama terfikir tentang hal ni. Kenapa nama orang Melayu mesti dalam Bahasa Arab? Cuma satu jelah kebaikannya di Malaysia ni, kalau nama ada bunyi-bunyi Arab, senang nak cam sesama orang Islam.
Tapi macam mana pun, kalau saya ada anak nanti, saya teringin nak namakan yang perempuan, Bunga, Wangi, atau Harum. Sayang pun ok juga. Kalau yang lelaki.... hm.. kena cari kamus ni untuk perkataan-perkataaan Melayu lama yang bunyinya menarik, mempunyai maksud yang baik dan tidak terlalu janggal.
Kalau nak letak juga nama Arab, saya suka nama-nama ahli keluarga dan sahabat terdekat Nabi Muhammad SAW. Contohnya kalau untuk anak perempuan, Khadijah, Fatimah, atau Aisyah. Kalau anak lelaki, Abdullah (nama sebenar Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq), Umar (nama sebenar Sayidina Umar Al-Khattab), Uthman (nama sebenar Saiyidina Uthman bin Affan) dan Ali (nama sebenar Saiyidina Ali bin Abi Talib).
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.