Saturday, January 22, 2011

Mimpi Ditelan Ular

Tadi aku mimpi ular.

Ramai orang mati tinggal baju saja sebab badan dah dimakan ular termasuk mak aku. Yang hairannya baju mak bersih (baju orang lain aku tak perasan pula). Kalau dimakan ular bukan ke baju tu akan kotor atau ditelan sama? Aku menangis. Kemudian, kami (bukan aku seorang di situ tapi aku tak bagi perhatian pada mereka jadi aku pun tak tahu kalau aku kenal mereka atau tak) jumpa ular berwarna coklat muda dan leper. Sebenarnya aku tak nampak ular makan mak tapi tak tahu kenapa kami ingat ini angkara ular. Ya, aku nampak satu ular saja tapi dalam riuh-rendah tu dengar macam ada banyak ular. Aku tak ingat apa yang jadi lepas tu tapi rasanya aku atau orang lain bunuh ular tu sebelum aku terjaga. Bangun-bangun aku cari mak, dengar suara dia, aku rasa lega dan ucap Alhamdulillah dua tiga kali. Rupanya hanya mainan mimpi saja... Tapi masa aku dalam mimpi tu pun aku rasa tak logik mak dimakan ular. Yelah, baju bersih kan. Macam lesap begitu saja, bukannya sebab ditelan ular.

MUYMG - Nak fikir banyak ke tak?

Tak payahlah... Buang masa je. Cuma satu je la komen aku, kalau pun tak ada makna tersembunyi, aku rasa ada teladan yang boleh diambil dari mimpi ni iaitu benda yang nampak nyata tu tak semestinya betul. Jangan terburu-buru bertindak dek perasaan. Siasat dahulu sebelum buat keputusan. Kesian ular tu kena bunuh walaupun kemungkinan besar bukan salah dia. Akhirnya aku juga yang rasa bersalah.

PS: Sempoi, dalam mimpi pun aku boleh fikir macam tengah buat siasatan, fikir benda logik tak logik!


MUYMG - Edit 07 April 2013 (Ahad)

Kebetulan terjumpa tafsir mimpi tadi, teringat 'post' ni.

Melihat ular mati:
Dia memiliki musuh namun ia dijaga oleh Allah dari kekejian musuhnya

Selamat dari kejaran dan gigitan ular:
Selamat dan aman dari musuh

Kalau betul, Alhamdulillah. Amin......

1 comment:

  1. selalunya mimpi dimakan ular atau berkaitan ngan ular ada due maksud..antare sihir dan jodoh..
    lau awk belum berkahwin mayb akn dpt pasangan .

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen :)

Your suggestions and comments are GREATLY appreciated and acknowledged!