Wednesday, February 4, 2015

Membazir je beli baju seragam

Ikut-ikutan ni tak bagus sebenarnya kalau tak faham tujuan disebalik perbuatan tersebut. Macam baru-baru ni... Hikari dapat berita, kakitangan (di tempat Hikari bekerja) kena beli kain pasang corak batik yang diedarkan.

Beli pakai duit sendiri, nak jahit pun pakai duit sendiri. Dia tak kata la wajib atau mesti tapi perkataan yang digunakan ialah 'digalakkan' beli supaya nanti masa tangkap gambar nampak seragam dan cantik. Tindakan ni diambil sebab nanti akan ada program besar (rahsia k). Kalau ikut hati, memang tak nak beli, tapi bila dah kata macam tu, takkan la Hikari sanggup seorang diri tak nak beli? Nanti masa tangkap gambar, Hikari seorang je lain daripada yang lain padahal sama agensi.

Hehehe tapi bila Hikari ceritakan pada mak, mak Hikari kata dari dulu lagi memang kebiasaan yang sia-sia ni dah ada cuma mak Hikari memang jenis tak ambil peduli benda ni semua. Orang suruh beli pun, dia takkan beli. Tabik la. Lain kali, Hikari pun nak buat macam tu.

Sebenarnya, awal-awal lagi, Hikari dah jangka dah perkara ni akan berlaku. Tahun lepas pun, macam ni juga. Dia bagi alasan 'nak seragam' tapi fikir sendiri la. Baju seragam yang dipilih, tak seragam pun. Setiap unit, lain-lain corak batiknya, cuma tema je sama. Lepas tu, jenis baju seragam yang digunakan ialah baju batik. Kakitangan bertukar sepanjang masa. Yang berpindah masuk, yang berpindah keluar, yang berhenti, yang naik pangkat, yang bertukar unit. Lepas beberapa bulan, atau maksimum lepas setahun la, macam mana nak dikekalkan keseragaman tu? Mana nak cari, nak beli kain dengan corak, warna dan kualiti yang sama untuk dijahit baju batik buat kakitangan baru atau yang bertukar unit? Kalau dah susah sangat, takkan nak ambil jalan senang, setiap tahun suruh kakitangan beli baju baru?

Walaupun Hikari dah agak dah masalah ni akan berlaku, Hikari ambil keputusan untuk ikut je, bagi peluang sebab dalam hati masih bersangka baik. Yelah, takkan Hikari seorang je yang nampak masalah yang mungkin timbul, betul tak? Orang lain lagi pandai daripada Hikari. Di atas tu, Ijazah ada, Master ada, PHD pun ada. Jadi Hikari beranggapan, mungkin mereka ada kaedah nak mengatasi masalah tersebut bukan jalan menonong je ikut buta-buta. Sekali... hmm.... sabar je la.

Tapi mungkin juga majoriti daripada mereka ni jenis yang suka baju baru tak peduli kena keluar duit setiap tahun. Kalau macam tu, Hikari tak boleh nak kata apalah. Rambut je sama hitam, tapi hati orang lain-lain. Cuma Hikari ni dalam proses mengurangkan harta benda yang tak diperlukan. Tengah melatih diri supaya jangan tamak dan jangan membazir. Sebab tu, selagi tak perlu, Hikari akan cuba tak beli. Jadi bila jadi macam ni, hati rasa tak seronok :/

Tahun depan, kalau jadi lagi, Hikari tak nak beli.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.