Thursday, November 20, 2014

Tak malu ke pinjam? Dah pinjam, tak malu ke tak bayar? Dah tak bayar, tak malu ke mengutuk si pemberi pinjam?

Nak komen, kutuk, mengata, mengejek, memang senang.... tapi nak buat? Berapa kerat yang mampu? Yang suka bercakap pula lebih ramai daripada yang buat samaada secara terpaksa atau sukarela. Ramai orang fokus kepada PTPTN sebab agak lemah dalam pengutipan hutang tapi ramai buat bodoh je bila budaya malas bayar hutang berleluasa dikalangan rakyat Malaysia. Biasalah. Kalau salah sendiri, buat macam tak ada je, kan? Kalau salah orang lain, besar-besarkan supaya orang tak nampak kesalahan kita. Ramai yang konon nak sangat PTPTN tegas. Kalau betul PTPTN tegas beroperasi kutip hutang macam bank atau ceti nanti, baru betul padan muka semua.

Yelah, nak ikut cara bank? Mula-mula semak dulu rekod keputusan pendidikan. Pinjaman diberikan mengikut keputusan tu. Kalau keputusan sangat elok, boleh pinjam banyak sebab masa depan cerah untuk bayar balik pinjaman. Kalau keputusan kurang elok, sama ada boleh pinjam sikit je atau tak boleh pinjam langsung sebab masa depan gelap untuk bayar balik pinjaman tu. Pandai-pandai la cari ayah ke, mak ke, nenek ke, ceti ke atau kerja dulu untuk cari dana ye. Yang dibenarkan pinjam, penjamin mesti ada. Sampai tempoh untuk bayar, kena bayar. Tak peduli si peminjam ada kerja ke tidak. Si peminjam tak mampu bayar, penjamin (selalunya ayah, mak, atau penjaga) sila bayarkan ye. Tak bayar, semua hak milik pemilik dan penjamin tu dilelong mengikut prosedur untuk bayar hutang. Kalau masih tak cukup, peminjam dan penjamin diisytihar bankrap. Agak-agak la kan, berapa ramai anak Melayu yang boleh buat pinjaman kalau PTPTN buat macam ni berbanding yang sekarang? :P

Atau, mungkin rakyat Malaysia lebih suka kalau PTPTN ikut cara ceti? Nak pinjam berapa, ikut suka. Kelayakan dan kemampuan bayar balik, PTPTN tak tengok asalkan penjamin ada. Sampai tempoh untuk bayar, mesti bayar. Tak bayar, PTPTN pergi rumah peminjam dan penjamin, sita tanpa amaran semua hak milik mereka untuk dilelong untuk bayar hutang. Kalau masih tak cukup, status peminjam dan penjamin automatik bertukar jadi hamba. Kerja di tapak-tapak kerja pembinaan atau lori kutip sampah atau kerja-kerja yang sewaktu dengannya (ramai orang tak nak buat) tanpa gaji. Sepadan tak sepadan dengan kelayakan yang ada, itu belakang kira. Gaji tu sepenuhnya majikan bayar terus ke PTPTN sampai hutang selesai. PTPTN cuma sediakan tempat tinggal (hidup la korang dalam kontena macam orang asing yang kerja di tapak-tapak pembinaan selalu buat tu) dan makanan 2-3 kali sehari. Tak ada WIFI, tak ada telefon bimbit, tak ada baju lawa-lawa, tak ada kereta, tak ada suka-suka nak makan luar, tak ada nak pergi jalan mana-mana. Selagi hutang belum selesai, sampai mati pun jadilah kamu hamba selama-lamanya.

Huh, rasa macam bagus pula kalau PTPTN betul-betul buat macam ni. Kalau dah tahu risikonya tinggi sampai macam tu, baru ada akal sikit si peminjam. Yang betul-betul berani buat pinjaman, sah-sah tak berani nak main-main atau berpolitik lebih banyak daripada belajar. Kualiti mahasiswa pun pasti meningkat sebab mereka sedar tanggungjawab mereka ialah untuk belajar bersungguh-sungguh, kerja bersungguh-sungguh dan bayar hutang. Yang dah tahu memang tak minat nak belajar betul-betul, takkan berani nak pinjam PTPTN macam yang mereka buat sekarang ni. Pergilah cari kerja yang sesuai dengan kelayakan atau kehendak masing-masing. Tak payah buang masa, tenaga dan duit sambung belajar di Universiti dengan sia-sia.

Tapi itulah... macam biasa. Setiap kali PTPTN nak bertegas mesti ada je orang halang. Konon kejam sangat. Yang halang ni lagi bising berbanding orang yang nak PTPTN bertegas. Habis tu macam mana? Kalau kata ketuanan rakyat, atau rakyat adalah hakim, apa yang PTPTN perlu buat sebenarnya? Nak ikut kata-kata rakyat yang mana? Rakyat sesama rakyat bergaduh, PTPTN terseksa di tengah-tengah. Kalau PTPTN mati, puas hati la semua, kan? Yelah, kembali macam dulu-dulu. Mak bapak bersedia la untuk bekerja keras kumpul dana dan bergolok-gadai untuk hantar anak-anak ke universiti ye. Sebab kalau tengok ramai rakyat Malaysia yang makin tak siuman akhir-akhir ni, kematian PTPTN ni menunggu masa je. Apabila PTPTN betul-betul mati nanti, mulalah rakyat Malaysia bergaduh menyalahkan sama sendiri. Ala, macam biasa... Dah terjaduh baru terngadah. Padan muka semua rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yang tak sedar diri dan tak tahu menghargai apa yang mereka ada sekarang.

Contoh komen di Facebook yang saya rasa teruk:
  1. Anak saya dah dekat 2 tahun graduate. X dapat kerja lagi mcmana bayar PTPTN? (Bang, kerja separuh masa di KFC pun kira kerja juga bang.... Bohong sangat la kalau nak kata tak ada kerja langsung. Sesuai dengan kelayakan pendidikan tu cerita lain. Yang penting kerja dulu. Kalau nak bayar hutang, seribu daya. Kalau tak nak tu... hm... Dosa orang lain, biar la dia tanggung. Dosa anak abang tak nak kerja dan tak nak bayar hutang, abang dan anak abang tanggung k.)
  2. Mase zaman2 sebelom ni ptptn cukup je dana, skang x cukup plak, zaman pak lah dulu xde hal mcm ni plak??? (Weh, kalau emas penuh satu bank pun, kalau kau dah leburkan hari-hari, tak masukkan yang baru, habislah dia. Pergi marah orang yang pinjam tak nak bayar tu.)
  3. tak dapat tak pa....tapi pru 14.....sendiri bodoh jgn nak susahkan pelajar lain pula......siapa yang bg pinjam dan sipa yang tak pandai kutip........yg pinjam org malaysia teepwlajar asa keeja boleh di kesan.......cuma lembik tak tegas cara kutip hutang... (Bab kutip hutang dengan tegas ni saya setuju TAPI saya rasa awak ni memilih untuk baca apa yang awak nak je sebab kalau awak ambil tahu apa yang PTPTN dah buat awak akan perasan hal ni. Setiap kali PTPTN mahu bertegas, mesti ada je pemimpin, bekas pelajar, para pelajar dan mereka yang tak ada kena mengena tapi suka tumpang semangkuk apabila masuk bab mengutuk ni masuk campur. Maka setiap kali tu juga la PTPTN gagal nak bertegas. Jadi masih nak salahkan PTPTN sepenuhnya? Tolong sikit... ini masalah rakyat Malaysia yang masih tak nak buka mata, tak sedar diri kesalahan diri sendiri dan asyik nak menyalahkan orang lain.)
  4. Mcmana nak bayar kerja tak dapat lagi -mungkin?-. Menyusahkan penjamin semasa pinjaman dibuat -adakah diambil kira kesusahan ini?-. Tanggungjawab pemerintah mencukupkan keperluan rakyat dan tanggungjawab org berhutang membayar hutang. (Siapa paksa berhutang? Kalau tak nak berhutang, belajar bersungguh-sungguh dapatkan 4.0 tukar PTPTN tu jadi biasiswa. Kalau dah pinjam bayarlah. Dah cukup baik PTPTN nak bagi kau pinjam dan bagi kau banyak peluang untuk bayar dan tangguhkan bayaran. Cuba kau pinjam Along atau bank. Lantak la kau ada kerja ke tidak, kau tak bayar, siap!)
  5. Kalau ptptn tak mampu nak bagi loan... saya cadangkan parti umno perlu bantu golongan ni bagi loan duit umno... baru benar seperti dilaungkan hidup melayu hidup melayu... baru benar nak bela nasib melayu... tidak sekadar cakap untuk menang undi kawasan kampung laaaa (Ini spesis suka cakap ikut sedap mulut dan akal pendek. Yang dah ada kau tak tengok. Asyik tengok yang tak ada. Sampai bila-bila la orang macam ni akan terus meroyan. Buang masa layan orang jenis tak tahu bersyukur macam ni.)
  6. Ada duit bagi brim kan? Ada duit habis pulak kat 1mdb? Dah kenapa? ketirisan kuat lagi mau sembang tuntut hutang. Kenapa tak tuntut skali 25juta nfc lembu kak jat? Takkan setel gitu? Hutang kroni bukan 10k. Tapi berjuta juta. Kan? Apadahal. Kasi lumpsum maaa. (Ini spesis suka angkut semua sekali campak satu talam. Dah mentang-mentang kau benci UMNO/BN, semua salah kau baling kat dia. Tolong la buka mata tu sikit. Isu sekarang PTPTN. Tolong fokus kepada PTPTN. Jangan sebab gila politik, kau butakan mata kepada punca masalah sebenar PTPTN tak cukup dana di mana salah satu daripadanya ialah kewujudan spesis manusia yang kebanyakannya mengaku beragama Islam tapi memandang ringan kepada janji dan kewajipan untuk membayar hutang serta suka menyalahkan orang lain.)
  7. Jikalau pelajar baru tidak dapat pinjaman!!! Apa guna ada PTPTN? Jangan jadi duri dalam daging. Jikalau nak bantu orang Melayu, bantulah dengan ikhlas. Umno hendaklah bertanggung jawab di atas keawangan PTPTN. Buatlah tabung dari kutipan ahli UMNO. Hulurkan RM 10.setiap orang ahli UMNO. Dan kutipan itu berterusan setiap tahun. buat Biasiswa UMNO bagi murid yang bijak dan pinjaman bagi murid yang memerlukan. Dan jangan biarkan seorang pun pelajar yang tertinggal tidak berwang. Jasa kamu UMNO akan dikenang selamanya. Allah tetap beserta dengan orang-orang yang memikirkan dan menolong orang lain. (Hek eleh dia ni... Cakap jangan ikut sedap mulut wei. Tak boleh tolong banyak, tolong la sikit. Kalau awak sakit barah perlu dana dan sumbangan RM1 juta, sebab saya tak boleh sedekahkan RM1 juta, RM1 pun saya tak bagi pada awak. Ye lah, apa gunanya setakat bagi RM1 je kan? #sindir Namun idea tu saya akui memang menarik sebab saya rasa ramai je yang tak ada atau dah tak ada hutang dengan PTPTN tapi berminat untuk menyumbang kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Saya tak setuju dengan fokus awak kepada UMNO sebab penerima bukan orang UMNO je tapi semua rakyat Malaysia jadi peluang menyumbang ni sepatutnya ditujukan atau dibuka kepada semua rakyat Malaysia.)
  8. Bagus lah kalau mereka tak dpt belajar. Boleh tambah bilangan pengangur dlm negara. Bangga sungguh ptptn. (Saya sokong! Ramai sungguh penganggur sekarang ni kan? Ye lah, sebab kerja tak ada kan. Nak buat macam mana. Nak tak nak, terpaksa la ramai rakyat Malaysia lari ke luar negara tak kisah la dengan jalan yang halal atau haram, semata-mata untuk mencari sesuap nasi, kan.... #sindir)
  9. Eh...dlm newspaper sembang kencang ekonomi naik 5.6%....berbillion Org luar labur kat Malaysia. .jawapan dia X cukup Dana. ? Kepala bana lu....!!! (~_~ Memang la ekonomi negara naik TAPI itu merujuk kepada semua sekali termasuk swasta. Lepas tu, duit memang la ada tapi kau pernah dengar tak perkataan ni? BELANJAWAN. Kalau tak faham lagi, orang putih panggil 'budget' atau sebutan Bahasa Melayunya, bajet. Orang miskin ke, kaya ke, semua kena belanja ikut belanjawan. Untuk bab PTPTN ni, patutnya tak ada masalah dana KALAU si peminjam tak liat bayar hutang. Atau kalau semuanya belajar bersungguh-sungguh dapat CGPA bagus, pun PTPTN takkan ada masalah dana sebab Kerajaan memang tak ada masalah la nak tolong tanggung aset yang bernilai tinggi macam ni. Tapi kalau belajar pun ala kadar... kirim salam lah.)
  10. Kalo mcm tu xpayah tubuhkn PTPTN kalo rase dh nk mengungkit..kata nk kemajuan pendidikn..knpe yg lain perlu jdi mangsa xdpt nk pinjam..kesian diorg yg memerlukn (Ish.. ish.. ish... Dunia akhir zaman... Sepatutnya si peminjam yang kena malu sebab meminjam. Ini si pemberi pinjam pula yang malu sebab nak kutip hutang padahal itu memang hak dia untuk dapatkan balik duit dia. Mengungkit tak mengungkit. Cuba kau yang bagi pinjam dekat kawan kau. Kalau setakat RM1, RM10 mungkin kau boleh maafkan. Kalau dah pinjam sampai RM1000, RM5000, RM15000, kau nak maafkan? Kau nak beritahu kawan kau, tak pe, tak payah bayar. Ambil percuma je... Boleh kau kata macam tu? Kalau kau tak boleh buat, jangan berat sebelah nak mengutuk orang lain sesuka hati.)
  11. Pengurusan PTPTN belanja besar. Cwg di seluruh negara n gaji staf membabitkan biaya mahal. Kutipan boleh melalui online, murah. (Kutipan bayaran balik hutang PTPTN secara atas talian memang dah lama ada tapi berapa ramai yang guna? Peminjam bila tak ikhlas nak bayar, macam tu la. Ada je alasan nak diberikan. Lepas tu ramai-ramat pakat salahkan pemberi pinjam tu tak nak bayar punya pasal.)
  12. Hak pelajar2 baru yang ingin mendapatkan kemudahan spt PTPTN telah dinafikan secara tidak adil akibat kelemahan2 dalam kaedah mengutip balik hutang pinjaman PTPTN dulu. (Tak dinafikan tapi jangan lupa, kesalahan terbesar jatuh pada orang yang tak mahu bayar hutang tu. PTPTN memang dah buat macam-macam tapi masih kurang berhasil kesannya. Setiap kali nak bertegas, lagi ramai yang pekik bantah berbanding sokong. Jadi nak salahkan PTPTN sahaja memang tak patutlah. Kalau nak marah, pergi marah si peminjam yang liat bayar hutang tu sekali. Jangan berat sebelah.)
Contoh komen yang saya sokong:
  1. yg degil nak bayar tuh senang jer ubatnya....block loan bank diorang...atau sekat loan perbendaharaan diorang....kang dah tercepit lajulah masing2 bayar...ini bukan kes kejam....tapi itulah caranya yg terbaik...
  2. Saya cadangkan #PTPTN mendapatkan pembayaran pinjaman daripada akaun 2 KWSP para peminjam yang sudah bekerja lebih 7 tahun.. Atau berkolaborasi dengan bank-bank utama untuk menukarkan pinjaman PTPTN mereka kepada pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank-bank utama tersebut (sebulan missed bayar, dah dapat surat peguam
  3. Jangan lah jahat sangat pemikiran, semua nak salahkan ptptm. Mereka perlukan pembiayaan balik untuk recycle duit2 tu semula. Ni keluar je tak masuk balik, macamana nak sustaine. Hati hitam sesetengah dari kita ni, Jenis nak barang free je. Memang melampau yg tak bayar hutang belajar ni, tu yang hidup tak berkat. Sekarang anak mereka dan anak orang lain yang tak dapat. Pergi lah minta pada politician yang menyokong mansuhkan pembayaran ptptm tu. Dalam islam pun ditegaskan hutang perlu dibayar. Yang komen bangunan ptptm mewah tu, ternyata otak tak bersambung dengan akal. Mereka perlukan bangunan sendirk untuk sustainability. Adik bongsu saya salah seorg peminjam yg mula2.,Dan sb kan ayah saya tak mampu, saya gurantor dia. Bila dia kerja saya paksa dia bayar tiap2 bulan, mskkan je dlm akaun agar anak2 dia besok tidak terjejas. Alhamdulillah adik saya salah seorg pembayar. Hidup kami amat diberkati....
  4. Bila nak pinjam,smua syarat snggup Bila nak bayar balik,mcm2 alasan Tu duit rakyat laa,belajar U kena free laa Muhasabah diri... Ilmu yg berkat bukannya percuma... Kalu nak percuma,kenapa x score 4++... Cuba renungkan sejenak... PTPTN diibarat 1 tabung... Anggapkan tabung itu tabung ayah kita sndiri... Untuk biayai pendidikan ank2nya 10bradik
  5. abg sulung bayar OK... Kakak no 2 OK... No 3 & 4 xbayar... Bayangkan apa akn terjadi kpd no 5-10... Apapun,kalau hendakkan keberkatan dr rezki kita,agih2kan...kpd ke2 ibubapa,slesaikan hutang...biarpun sedikit,lama2 jd bukit
  6. Anak saya salah seorang pelajar universiti yang tidak mendapat pembiayaan penuh.Ptptn dia dikurang 25 peratus.Saya terpaksa mencari wang untuk menampung lebihan kos yang tidak ditanggung oleh ptptn.Bukan sikit tapi banyak saya kena cari.Saya tengok ada mereka yang pinjam ptptn yang dah bekerja pakai kereta import tapi bayaran ptptn liat atau susah nak bayar.Sakit hati juga saya tengok sikap tidak bertanggungjawab peminjam seperti ini.Menyusah betul.
  7. senang je cakap belajar nak free, mak bapak kaw mana, jangan pandai tuai hasil anak bila dah bekerja nanti je. Patut sebelum anak lahir dah rancang masa depan anak nak belajar, nak makan dan segala macam. Penyelesaiannya, bak kata pepatah tak dapat tanduk telinga dipulas, jadi PTPTN kena ambil tindakan kepada ibu bapa yang anak mereka liat nak bayar hutang ni! Kalau pk2, memang sepatutnya ibu bapalah yang patut menyara anak mereka bukan setakat buat anak. Kalau nak free juga, belajar pandai2 dapatkan ijazah 1st class ye
  8. Nampaknya, kene menabung dari sekarang. Takut 5,10 thn akan dtg bakal ank2 kita xdpt bljr kt ipt sebab xde sumber kewangan. Maklumlah, yg pinjam xreti byr. Dlm 1 keluarga, bkn seorang je yg bkl ke ipt. Kalau 2,3 org ke ipt. Lps tu, bkn senang parents nak support 100% yuran utk 2,3 org ank (Yang ini memang yang sepatutnya tapi ramai ibu bapa tak buat. Lepas tangan mentang-mentang ada PTPTN. Fokus nak bayar balik tu memang tak ada langsung.)
Bukan nak berlagak tapi saya dah lama bayar hutang PTPTN. Sejak dapat gaji, antara perkara paling utama bagi saya ialah untuk bayar hutang. Bukannya untuk makan sedap-sedap, beli baju, keluar jalan-jalan, beli kereta, beli rumah, atau apa-apa sahaja yang tak penting. Maklumat yang saya tak ada, saya semak di Portal Rasmi PTPTN. Tak jumpa juga, saya telefon tanya terus PTPTN. Talian sibuk, saya tunggu berjam-jam pun tak apa. Pokoknya kalau ingat mati, ikhlas nak bayar hutang tu sebab tak nak mati dalam keadaan berhutang, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Kalau betul-betul tak mampu dan tak tahu caranya nak selesaikan masalah hutang, cuba hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk bantuan.

Laman sesawang rasmi AKPK: http://www.akpk.org.my/my/
Laman Facebook rasmi AKPK: https://www.facebook.com/AKPKofficial


Koleksi pendapat yang menarik berkenaan PTPTN

PTPTN, Riba' dan Adam Adli
http://thefiqir.blogspot.com/2013/05/ptptn-riba-dan-adam-adli.html

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.