Nak berhimpun secara aman? Silakan. Nak gulingkan Kerajaan dengan cara yang tidak sah? Senang cerita, saya sokong sangat-sangat kalau kerajaan Malaysia tangkap mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dan buang je taraf kerakyatan mereka ni. Kecil-kecil tak nak mati. Dah besar menyusahkan orang. Belajar tak mahu, memalukan agama, negara dan bangsa je.
Nak pendidikan percuma, tapi peluang yang Kerajaan tawarkan sekarang, tak nak ambil pula. Apa susah, belajar la betul-betul. Yang buang masa guling-guling sampai kena ulang semester, siapa suruh? Kalau belajar dapat keputusan cemerlang, automatik pinjaman tu tak payah bayar sebab dah ditukar jadi biasiswa. Apahal jumlah anak Cina yang dapat tukar pinjaman PTPTN jadi biasiswa sama banyak dengan jumlah anak yang dapat tukar pinjaman PTPTN jadi biasiswa? Padahal jumlah anak Melayu yang dapat pinjaman PTPTN tu jauh lagi banyak berbanding dengan anak Cina.
Oh... ye, sebab kau malas. Ok, la. Kita beri pendidikan percuma cara lain. Kita tiru negara maju, nak? Mesti la nak, kan? Sebab tak payah belajar boleh terus belajar dan belajar sampai mampus tak lulus-lulus pun tak apa. Macam mana negara maju buat? Cukai tu kena tinggi supaya pendapatan negara pun tinggi, lepas tu boleh la digunakan sebagai dana untuk Kerajaan menyediakan pendidikan 'percuma' kepada rakyat.
KERAJAAN KEJAM, KERAJAAN CEKIK DARAH, BUAT KAMI NAIK DARAH!!! Ulang 2 juta kali...
~_~ Aik, tadi kata nak tiru negara maju. Apahal bila kos hidup naik (sebab cukai naik) kau melalak? Lagipun bukan hidup kau Kerajaan Malaysia atau mak bapak kau yang taja sekarang ni ke?
Oh.... sebab kau nak minum kopi yang semanis diabetes setiap pagi tapi harga dah naik. Duit yang lain tu kau nak guna untuk tampung bil Astro, makan Pizza, makan KFC, kos belanja balik kampung 4 kali sebulan, bayar saman bawa laju macam penjenayah yang sedang diburu polis, tukar 'sport rim', belanja awek, beli telefon pintar untuk main 'Candy Crush', beli rokok, makan luar untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam, beli baju, beli tudung, dan macam-macam lagilah. Jadi mana boleh Kerajaan naikkan cukai sebab nanti kurang la duit belanja kau untuk belai diri kau. Lantaklah kalau Kerajaan jatuh miskin ke, orang lain hilang kerja ke, Kerajaan Islam dijatuhkan dan orang kafir memerintah negara Islam ke, apa ke, kau tak kisah janji duit kau orang lain tak kacau.
Apa yang penting, Kerajaan kena berikan apa sahaja yang kau nak tanpa kau perlu korbankan apa-apa.
~_~ Banyak cengkadak.... pergi mati la para mahasiswa dan mahasiswi yang membazir duit rakyat dengan bergiat sangat dalam bidang politik ni tambah-tambah lagi yang dah tak tahu nak membezakan realiti dengan dunia fantasi komik/manga/anime. Kerajaan dan saya sokong pinjaman PTPTN tu ditukar jadi biasiswa supaya kamu semua dapat tumpukan diri untuk belajar, tak payah kerja susah-susah untuk tampung kos pengajian termasuk kos tempat tinggal dan sebagainya sebab kami harap mahasiswa dan mahasiswi ni nanti akan mengharumkan nama negara. Kalau yang beragama Islam tu, kami harap dapat mengharumkan nama Islam suatu hari nanti.
Malangnya yang berguling-guling atas jalan raya tu kebanyakannya jenis tak ada harga diri, pemalas, banyak songeh (kuat merungut), tak reti bersyukur (tok guru saya cakap, orang yang kuat merungut ialah orang yang tidak tahu bersyukur. Orang yang bersyukur, tidak akan merungut), dan pentingkan diri sendiri. Sebab tu mereka tak kisah jika keluarga mereka, bangsa mereka, negara mereka, agama Islam dimalukan. Janji mereka boleh jadi hero komik/anime/manga dalam khayalan mereka, dah cukup.
Lepas tu kalau tak jadi kaya, taraf hidup tak berubah pun tak kisah. Sekurang-kurangnya mereka dah jadi hero. Dalam komik/anime/manga kan banyak cerita hero yang dipinggirkan, hero yang tak mendapat apa-apa balasan, hero yang tidak diketahui, hero-hero yang macam tu lah... jadi mereka tak kisahlah. Ada sesetengah tu pula berangan mereka yang telah menjadi hero menjatuhkan kerajaan yang 'zalim' pasti akan masuk Syurga.
Lantak kamulah. Bila diberi nasihat, marah kata tak cukup ilmu la, penakut la, berat sebelah la, macam-macam.
Untuk mengurangkan beban negara, Kerajaan Pusat sedia ada sanggup bersama-sama dengan rakyat untuk berjimat-cermat. Tak, kamu kata Kerajaan patutnya ambil tindakan macam tu sejak dulu. Sekarang ni dah terlambat. Habis tu yang PR terang-terang naikkan gaji menteri sampai melebihi gaji Perdana Menteri, naikkan cas air, naikkan cukai premis perniagaan gila-gila (kalau cukai kedai tinggi, harga barang dan servis yang ditawarkan pun jadi tinggi la), tukar kereta baru (Mercedes pulak tu), kamu tak kisah pulak?
Hijrah bermakna berubah kepada yang lebih baik. Sekarang ni dah terang-terang pilihan yang lagi satu tu lagi tak boleh diharap berbanding yang ada sekarang, boleh guna ke konsep 'hijrah' tu di sini?
Otak ada tapi disebabkan taksub dan teringin sangat dikenali dan dihormati sebagai 'hero', kamu pejamkan mata.
Bila hidup susah, kita perlu berusaha untuk meningkatkan taraf hidup kita. Usaha yang pertama ialah MENDAPATKAN ILMU! Sekarang ni orang bagi ilmu percuma bersyarat (pinjaman ditukar jadi biasiswa kalau keputusan bagus sahaja) pada kamu, kamu tolak. Kamu lebih sukakan perkara yang popular seperti telefon pintar baru, dan POLITIK. Lepas tu kamu marah kenapa orang Melayu tak kaya-kaya. Sebab banyak orang Melayu spesis sama macam kamu! Nak kaya macam mana? Kerja tak nak, melalak je kuat. Apa kau ingat kau tu dilahirkan untuk meminta sedekah ke? Maruah letak mana?
Dahlah malas nak berusaha, hasad dengki pulak tinggi tak boleh tengok orang lain berjaya. Apa kau ingat semua orang Melayu yang kaya di Malaysia ni semuanya jenis main rasuah atau memang dilahirkan kaya ke? Itulah tandanya kau tu memang pemalas. Cuba kau baca buku-buku mengenai orang-orang kaya, tak kisahlah di Malaysia atau luar negara. Banyak di antara mereka tu dilahirkan miskin atau sederhana macam kita tau. Bezanya cuma mereka fokus menuntut ilmu dan menggunakan ilmu yang dipelajari untuk meningkatkan taraf hidup mereka TANPA PERLU MEMINTA SEDEKAH (melalak, berguling macam budak tak cukup umur).
Itu sebab dalam Islam taraf orang yang ada ilmu dengan orang yang tak ada ilmu berbeza.
Itu sebab dalam Islam taraf orang yang memberi dengan orang yang menerima berbeza.
Sekian.
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.