Contohnya di setiap SJK, perlu ada minimum 30% pelajar Melayu & 30% tenaga pengajar Melayu. Begitu juga di Sekolah Kebangsaan (SK), sekurang-kurangnya 20% pelajar dan guru Cina dan 10% pelajar dan guru India.
Silibus pendidikan Bahasa Malaysia, Islam & Moral serta sejarah pula perlu diseragamkan di semua SK dan SJK.
Begini barulah rakyat Malaysia tak berpecah-belah dan lebih memahami antara satu sama lain di samping
- membuka peluang kepada orang Melayu untuk menguasai lebih banyak bahasa
- memberi ruang kepada orang Cina dan India untuk menggunakan Bahasa Malaysia
- memberi ruang kepada bangsa Malaysia untuk berinteraksi dengan semua kaum
Tapi masalahnya sekarang ni ada je makhluk rasis yang tak habis-habis membuat tuntutan yang melampau sampai nak wajibkan kaum dia mahir bahasa masing-masing, bahasa kebangsaan tak mahir pun tak apa. Mana boleh macam tu. Jadi kerajaan kenalah tegas.
Makhluk-makhluk rasis ni setuju atau tak setuju, Kerajaan buat je kalau kesannya baik untuk masa hadapan negara. Apabila Kerajaan tegas, mereka tak boleh buat apa-apa. Tapi bila Kerajaan lembut, itu yang selagi boleh nak bising, dia bising, selagi boleh buat demonstrasi, dia buat demonstrasi, tak mahu bertolak-ansur langsung!
Kesimpulannya, kalau Kerajaan nak teruskan SJK, silakan tapi lakukanlah dengan cara yang tidak merugikan negara dan memecah-belahkan rakyat Malaysia.
Sekian, terima kasih.
P/S: Sebenarnya cadangan ni nak dihantar ke http://www.1malaysia.com.my/bajet2014/sub_topic.php?cat=7&filter=recent&lang=en tapi asyik keluar ralat je, saya edit dan jadikan artikel dalam blog saya ni :)
No comments:
Post a Comment
Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)
Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.