Sunday, December 6, 2009

Koleksi Petua Lawas Buang Air Besar

Koleksi ni kumpul dari SusuIbu.com. Takut nanti forum tu tutup, jenuh nak cari balik. Petua2 ni tak bergantung kepada ubat-ubatan sebab tu istimewa sikit.

arnienh
minum fresh orange suam

shnurulain
minum air masak banyak2..banyakkan makan buah2 (esp orange)..Sayur2-an..

noorul
Masak bubur bersama2 sedikit halia yang ditumbuk. Rebus sekali lah halia tu dengan bubur tu..Kemudian, masa bubur tu tengah panas2 lagi, goreng 2-3 biji bawang putih garing2, (bawang putih tu tak payah tumbuk, goreng sebiji2), lepas tu angkat bawang putih tu masukkan dalam periuk bubur yang masih panas tu. Tutup periuk bubur biar wap bubur tu menyebatikan rasa bawang putih tu dalam bubur tadi.

zatul77
makan la sayur dan buah yang boleh dimakan oleh orang berpantang macam sawi dan buah epal.Insya Allah tak ada masalah membuang..minum air juga perlu cukup 8 gelas

momdad
kalau saya cuba elakkan minum milo utk elak sembelit

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.