Tuesday, April 23, 2019

Panduan Tetapan Portal 1GFMAS (kini iGFMAS)

Hikari dah lama pasang 1GFMAS di beberapa komputer guna pemasang (installer) 1GFMAS yang AG bagi. Tetapan IE rasa macam sama je macam dulu cuma tukar alamat je sikit. Tapi hasilnya bercampur-aduk.

Ada sesetengah komputer, paparan di laman selamat datang keluar elok je.



Ada sesetengah, sekali-sekala akan keluar ralat macam di bawah ni.


Komputer Hikari sendiri, memang tak pernah tak keluar ralat yang di atas ni.

Dah tanya AG tapi macam mereka pun tak pasti, ini masalah sistem ke, atau apa.

Selepas sekian lama, akhirnya semalam Hikari temui jawapannya selepas godek-godek komputer untuk semak dan bandingkan tetapan.

0. CATATAN

  • Sistem operasi komputer terlibat: Windows 7 / 10
  • Sistem kewangan yang digunakan di komputer: 1GFMAS dan ePerolehan.


1. TETAPAN INTERNET EXPLORER (IE)
  • Bukan Microsoft Edge
  • Versi: 10 / 11
IE > Alat (Tools) > Seting Paparan Kesesuaian (Compatibility View)
Catatan: Mesti buat
  • Tambah anm.gov.my
  • Tandakan pada kotak "Paparkan laman-laman intranet dalam Paparan Kesesuaian"
IE > Alat (Tools) > Opsyen Internet (Internet Option) > Am (General)
Catatan: Mesti buat
  • Buangkan tanda pada kotak "Padamkan sejarah penyemakan lalu masa keluar" jika ada
Penerangan ringkas: Kalau kotak ni ditanda, laman yang kita tambah dalam Seting Paparan Kesesuaian akan dipadam oleh sistem apabila kita tutup IE. Maksudnya setiap kali buka IE, kena tambah semula anm.gov.my tu dalam senarai.

IE > Alat (Tools) > Opsyen Internet (Internet Option) > Keselamatan (Security)
Catatan: Disaran buat
  • Tekan butang "Set semula semua zon ke aras lalai"
Catatan: Mesti buat
  • "Intranet tempatan" > "Tapak" > Tandakan pada kotak "Kesan rangkaian intranet secara automatik"
  • "Intranet tempatan" > "Tapak" > "Lanjutan" > Kosongkan "Tapak web"
  • "Intranet tempatan" > "Tapak" > "Lanjutan" > Tandakan pada kotak "Memerlukan penentusahan pelayan (https:) untuk semua tapak di dalam zon ini"
  • "Intranet tempatan" > Tengok bahagian "Aras keselamatan untuk zon ini" > Tekan butang "Aras Lalai" >  Turunkan aras keselamatan zon ke paras Rendah > Tekan butang "Aras tersuai > Di bahagian "Kawalan dan pasang masuk ActiveX", tukar semua pilihan menjadi "Mendayakan" atau jika tiada pilihan itu, tukar ke "Prom. Pengecualian: Tetapan untuk "Membenarkan hanya domain-domain yang diluluskan untuk guna ActiveX tanpa penggesa" ialah "Menyahdayakan"
Catatan: Disaran buat
  • "Tapak dipercayai" > "Tapak" > Buang https://1gfmas.anm.gov.my dari senarai "Tapak web" jika ada
  • "Tapak dipercayai" > "Tapak" > Tandakan pada kotak "Memerlukan penentusahan pelayan (https:) untuk semua tapak di dalam zon ini"
  • "Tapak terbatas" > "Tapak" > Buang https://1gfmas.anm.gov.my dari senarai "Tapak web" jika ada

IE > Alat (Tools) > Opsyen Internet (Internet Option) > Privasi (Privacy)
Catatan: Disaran buat
  • Tekan butang "Set semula semua zon ke aras lalai"
  • Di bahagian "Tetapan", tekan butang Tapak > Daftarkan anm.gov.my dalam senarai "Izin"
  • Di bahagian "Penyekat Pop Timbul", tekan butang Tetapan > Daftarkan anm.gov.my dalam senarai "Izin"

IE > Alat (Tools) > Opsyen Internet (Internet Option) > Lanjutan (Advanced)
Catatan: Mesti buat
  • Tandakan pada kotak "Guna SSL 3.0"
Penerangan ringkas: Yang ni nampak gayanya macam punca utama kalau asyik keluar ralat 500 tu.

2. TETAPAN JAVA
  • Versi: Setakat terkini, yang diguna JAVA Version 8 Update 161 atau 201
  • Tak pasti kena ada ke tak sebenarnya tapi dah tanya AG Perak. Katanya kena ada. Tak tanya secara lebih lanjut pula, yang perlu JAVA ni 1GFMAS ke ePerolehan.
Catatan: Mesti buat

Java > Configure Java > Security
  • Security level: High
  • Exception Site List: https://1gfmas.anm.gov.my
Catatan: Disaran buat

Java > Configure Java > Update
  • Buangkan tanda pada kotak "Check for Updates Automatically" jika ada
Java > Configure Java > Advanced
  • Di bahagian "Java console", tandakan pada kotak "Show console"
  • Di bahagian "Miscellaneous", tandakan pada kotak "Place Java icon in system tray"
Penerangan ringkas: Yang ni bukan apa... Kalau dah biasa pasang sistem kewangan yang ada Java, sistem boleh jadi akan ada masalah bila tukar versi Java. Puas mencari masalah apa, rupanya Java je. Dah satu hal nak kena tukar balik pakai yang lama.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.