Friday, November 28, 2014

Bayar balik hutang main permainan komputer cetak rompak

Saya rasa main permainan komputer (computer game) versi cetak rompak (pirated or illegally downloaded) ialah perkara biasa terutamanya dikalangan orang lelaki atau para pelajar dalam bidang IT. Saya sendiri pun pernah terjebak tapi sekarang dah insaf (hohoho).

Semenjak dah ada gaji tetap ni, banyak duit saya letak sebelah untuk bayar balik hutang-hutang lama. Yelah, perkara biasa pun, kalau dah salah, tetap salah. Main permainan komputer versi cetak rompak ni sama macam mencuri sebab kita pakai tanpa membayar kos yang sepatutnya kepada penjual. Bayangkan kita bekerja macam nak gila tapi gaji tak dapat. Seronok?

Nak beli permainan yang dah puas main memang rasa sikit... uh, tak seronok. Yelah, dah beli tapi lepas tu tersadai je sebab sebelum ni dah main puas-puas sampai sekarang dah tak lalu nak main. Tapi saya dah bertaubat, tak nak jadi pencuri dah, jadi nak tak nak, terpaksa la beli juga @_@

Banyak permainan seperti...
  • Alice Greenfingers 2 
  • Artist Colony 
  • Bejeweled 2 Deluxe 
  • Bookworm Adventures 
  • Bookworm Deluxe 
  • Cute Knight Kingdom 
  • Diaper Dash 
  • Diner Dash Flo on the Go 
  • Farm Frenzy 2 
  • Home Sweet Home 
  • Miss Management 
  • Mushroom Age 
  • Nanny Mania 
  • Nanny Mania 2 
  • Party Down 
  • Plants vs. Zombies 
  • Ranch Rush 
  • Virtual Families 
  • Virtual Villagers - The Lost Children 
  • Virtual Villagers: A New Home 
  • Virtual Villagers: The Secret City 
  • Wandering Willows 
  • Westward III 
  • Youda Sushi Chef 
  • Zuma Deluxe
.... saya beli je di BigFishGames.com. Boleh bayar guna kad kredit, kad debit atau PayPal. Setiap satu permainan, harganya dalam USD10 atau lebih kurang RM35 tapi kalau jadi ahli, harga jadi USD7 atau lebih kurang RM25 sahaja. Ok la tu... Sama harga macam sekali atau dua kali makan di KFC atau PizzaHut atau beli satu atau dua helai baju atau tudung. Setiap bulan beli satu permainan pun jadi lah. Tapi kalau nak lagi murah, kumpul duit tunggu musim perayaan. Selalunya nanti ada tawaran beli 1 dapat percuma satu atau dengan kata lain RM12.50 je setiap satu permainan :D

Tapi permainan macam Kudos, Speedy Eggbert, Age of Empires, Age of Empires II, Age of Empires III, Age of Empires IV, Command & Conquer: Red Alert, Worms Armageddon, The Sims, dan The Sims 2 tak ada la di BigFishGames. Nak cari siapa yang masih jual pun susah. Harga? Er, kalau The Sims memang ratus-ratus k. Yang lain tu kalau tak silap harga macam tu juga :/ Sabar je le...

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.