Monday, September 1, 2014

Salah Adat Melayukah Orang Sekarang Susah Kahwin?

Selalu juga bila terbaca berita macam ni...

http://www.bharian.com.my/node/3619

Ahad, 31 Ogos 2014 4:10 Petang
RANGKA KANAK-KANAK DITEMUI, PASANGAN KEKASIH DITAHAN

MELAKA TENGAH: Satu rangka manusia dipercayai kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, ditemui di belakang sebuah rumah di Taman Bayan, Bukit Katil pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Abu Bakar, berkata mangsa dipercayai dibunuh Februari lalu sebelum mayatnya ditanam di belakang rumah teres dua tingkat berkenaan.

Katanya, rangka mayat mangsa yang dibalut kain batik itu ditemui dalam satu lubang sedalam kira-kira 0.3 meter di belakang rumah berkenaan kira-kira jam 7 pagi tadi.

"Sepasang kekasih berusia 24 dan 25 tahun yang juga ibu bapa kepada kanak-kanak itu ditahan di Muar, Johor kira-kira jam 2 pagi tadi," katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya, kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

... nanti ada yang komen salahkan orang Melayu dan adat Melayu konon penyebab utama ramai pasangan kekasih sekarang susah berkahwin sehingga kes macam ni berlaku.

Tapi, kenapa pula nak salahkan orang Melayu dan adat Melayu? Yang salah tu orang yang melakukan kesalahan itulah. Kalau nak salahkan orang Melayu, ramai je orang Melayu yang kahwin ala kadar, tak ada hantaran ribu-ribu. Kalau nak salahkan adat Melayu, ada sesiapa letak pemuras atas kepala paksa ikut?

Ramai orang sekarang tak pentingkan agama, tapi pentingkan nafsu. Itu je sebenarnya. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Tak jumpa pasangan di dunia, di Akhirat akan bertemu jua. Tapi sebab pentingkan nafsu dan ego, itu yang jadi drama Puteri Gunung Ledang moden, terhegeh-hegeh nak juga orang tu. Sultan Mahmud Syah tu kaya harta, tak apalah juga, dia mampu. Yang tak mampu tu buat la cara tak mampu.

Sebelum bercinta tu tanya siap-siap berapa kos kalau jadi nak masuk meminang nanti. Kalau kosnya terlalu tinggi, samaada batalkan terus niat tu atau tingkatkan usaha. Jangan buang masa, jangan rosakkan anak dara orang kalau tak sanggup untuk memikul tanggungjawab. Kaki tu biasakan berpijak pada tanah. Kalau serius nak kahwin, biasakan menyimpan sebahagian daripada duit gaji atau pendapatan tu, masukkan dalam tabung khas untuk menikah. Jangan tunggu bila dah ada teman wanita atau bila dah pasti nak kahwin baru terhegeh-hegeh nak mula cari duit.

Tapi itulah, ramai yang sebenarnya bukan serius pun, cuma seronok melayan hawa nafsu. Kalau tak, kenapa ramai pasangan kekasih yang beragama Islam sanggup berzina? Nampak sangat pasangan macam tu tak pentingkan agama dan tak sayangkan mak bapa. Kalau dah macam tu, apa kes tiba-tiba bila nak kahwin baru nak minta pandangan mak bapa berapa kos meminang, hantaran, apa semua? Pergi Thailand la kahwin, lepas tu balik Malaysia bayar denda dan daftar pernikahan tu di Malaysia. Pedulikan apa mak bapa kata. Mereka tak penting, kan? #SekadarSindiran

Ada juga kes si bakal isteri tu yang minta hantaran dan mas kahwin ribu-ribu. Si bakal suami yang tak berapa nak mampu tu pulak layan. Hai, lantak la. Cuma jangan nak salahkan orang lain pula bila timbul masalah di kemudian hari. Sendiri pilih, sendiri tanggung k.

No comments:

Post a Comment

Semua komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi komen :)

Thank you for leaving your comments :) but please be informed that all comments will be screened before they are posted on this site.